Rafalution ???
Rafalution itu muncul ditengah-tengah Liverpudlian melalui adaptasi pkataan Revolution dan Rafalution itu sendiri lahir dengan ditandai oleh kehadiran Rafa Benitez di Liverpool. Mendengar kata Revolution itu sendiri sudah menggambarkan kepada kita tentang perjalanan transisi masa yg panjang dalam melakukan perubahan.
Untuk memudahkan mencari kesinambungan dari Rafalution, ialah dengan melihat melihat apa yang telah terjadi dalam EPL dan saya memandangnya hanya dari sisi yg lebih mudah untuk dicerna iaitu “Fenomena dan pemain-pemain yg sudah direkrut dan yang akan direkrut oleh Rafa dalam proses Rafalution itu termasuk eksperimen-eksperimennya”. Proses inilah yang mungkin menjadi sebahagian dari Revolusi Rafa atau Rafalution tersebut.
A. Musim EPL 2004-2005
Berlabuhnya Rafa di Melwood, telah menimbulkan beberapa persoalan tentang cara dia merekrut pemain. Hampir semua pemain yg menjadi pilihannya adalah pemain yg berasal dari Spanyol dan beberapa pemain lain yang masih memiliki unsur Sepanyol, kenapa ? ..yang menjadi alasan dasar Rafalution adalah faktor komunikasi.
Rafalution-Awal Sebuah Komunikasi
Perkara ini memerlukan banyak pengorbanan bagi Rafa iaitu dengan menggunakan pertandingan EPL sebagai titik eksperimen. Jadual pra-season tidaklah cukup untuk menganalisa skema team. Skema yg sudah dirancang agar segera dapat diaplikasikan hanya melalui komunikasi yg tepat dan cepat kepada setiap pemain, oleh karena itulah diperlukan pemain2 yg berasal dari Sepanyol sebagai pemangkin.
Rafa tidak mahu terlibat dalam perjudian besar untuk merekrut pemain yang dia sendiri belum melihat bentuk permainan pemain itu, oleh itu, pemain2 Sepanyol menjadi prioriti Rafa dalam list perbelanjaannya. Alasan yang paling simple adalah Rafa mungkin takut memulakan awal musim pertama di EPL yg begitu menyeramkan kerana hampir 300 manager dalam masa 5 thn di Inggeris telah kehilangan pekerjaan.
Kehadiran para Spaniard di LFC menimbulkan sedikit kecurigaan Anfield dan seluruh Liverpudlian di seluruh dunia bahawa Rafalution = Sepanyolisasi. Namun ada yang berkomentar lain mengenai Rafalution yang dikatakan memiliki kesamaan pola dengan French Connection milik Wenger. French Connection ini bekerja sangat efektif dan solid hingga Arsenal pun mencapai titik klimaks iaitu Unbeatable dalam 40 games memecahkan rekod Nothingham Forrest. Fantastik !!!
Musim 2004-2005 Liverpool akhirnya berada di tangga ke 5 EPL
B. Musim EPL 2005-2006 & 2007-2008.
Isu musim 2005-2006 terarah mengenai Valencialisasi. Ditunjukkan dengan kehadiran pemain Valencia iaitu Pellegrino, tapi kehadiran pemain tsb masih belum cukup kuat untuk membuktikan Rafalution = Valencialisasi.
Rafalution- Pertahanan yang Kuat
Merekrut Vicente Rodriguez, David Albelda atau Pablo Aimar jelas merupakan 1 misi yg mustahil. Akhirnya pilihan jatuh pada pemain Valencia yg lain iaitu Momo Sissoko, pemain ini punya motivasi dan bakat yg hebat dalam menjalankan tugasnya. Memanfaatkan sumber motivasi dan bakat dalam diri Sissoko, Rafa berharap kepada Sissoko boleh menjadi bahagian dari proses Rafalution dalam “bertahan”. Namun isu tersebut tidaklah berlangsung lama karena Peter Crouch, Zenden dan Fowler hadir menjadi sebahagian proses Rafalution,
ini membuatkan Mourinho risau akan kekuatan Liverpool di musim 2005-2006. Sampai akhirnya Mourinho pun berkata :
"Liverpool have three of the best midfielders in all Europe - Gerrard, Alonso, and Sissoko. Gerrard can do anything. Alonso's passing and long-distance shooting is excellent. And Sissoko is a powerful destroyer not seen since the Vieira of 2004. They will be an incredible team this season."
isu mengenai Sepanyolisasi dan Valencialisasi hilang seiring dengan terjadinya penjualan pemain2 Sepanyol di Liverpool. Nunez, Pellegrino, Josemi dan Morientes.
Revolusi yang ada di LFC dengan Rafalution terus berjalan dan tetap menggunakan sistem punishment yang sedia ada iaitu “Survival of The Fittest”.
Akhirnya, mereka disingkirkan satu persatu, kecuali Luis Garcia. Pemain ini memiliki daya magis yg selalu memberi efek kejutan kepada Liverpudlian dan sampai saat ini kita mungkin masih terngiang dengan gol tunggal ajaib ke gawang Chelsea pada Semifinal UCL 2004-2005. Dan Liverpudlian pun bernyanyi utk Garcia :
Luis Garcia, He Drinks Sangria…He Come From Barca, To Bring Us Joy…He's Four Feet Seven, And Football Heaven…Oh, Please Don't Take Our Luis Away
Proses selanjutnya, Rafa melihat bahawa Revolusi yang paling penting terjadi di barisan belakang iaitu “Pertahanan”. Dan Pepe Reina dipercayai sebagai pengganti Dudek yg prestasinya semakin menurun seiring usianya. Keuntungan Liverpool dengan mempunyai 4(empat) pemain kental (Finnan, Carragher, Hyypia dan Riise) di barisan belakang, membuat Rafa tinggal mencari 2 (dua) pemain tambahan sebagai benteng terakhir, iaitu Momo Sissoko dan Pepe Reina dianggap sesuai dengan pola 4-5-1. Pola 4-5-1 berdasarkan seorang pakar taktikal adalah pola model “konservatisme”. Pola ini memiliki kecenderungan memaksimumkan kerja para pemain dengan tipe bertahan. Hasilnya, Piala FA digapai
C.Musim 2008-2009
Rafa akan menggunakan kekuatan magis Cinta Sejati terhadap team liverpool sebagai lanjutan dari proses Rafalution untuk mengembalikan “ghairah” pemain LFC dengan target yang sudah dicanangkan bersama iaitu Juara EPL. Jadi faktor inilah yang kita gambarkan sebagai proses lanjutan Rafalution yang bermula dari “Proses Komunikasi, Benteng yang ampuh hingga corak serangan ala spain yang melanda barisan hadapan LFC”. Mungkin yang menjadi penghalang kepada kejayaan pada musim ini adalah kekurangan dana hasil daripada pembinaan stadium Liverpool yabg baru. Sama seperti yang dihadapi Wenger ketika ini. Namun, Rafalution akan berusaha mengembalikan “ghairah” pemain LFC dengan target yang sudah dicanangkan bersama iaitu Juara EPL musim 2008/2009…
Y.W.N.W.A
