| PIALA KONFEDERASI FIFA 2009: Masa tambahan kuburkan hasrat Afrika Selatan |
|
| Monday, 29 June 2009 | |
|
AFRIKA SELATAN (2) SEPANYOL (3) Kejayaan menamatkan saingan di tempat ketiga dalam kejohanan bola sepak Piala Konfederasi 2009 sekurang-kurangnya memberi kelegaan buat Sepanyol selepas tewas dalam perebutan ke perlawanan akhir kepada Amerika Syarikat, Khamis lalu. Pada aksi penentuan untuk tempat ketiga dan keempat semalam, Sepanyol menang 3-2 ke atas tuan rumah Afrika Selatan. Begitupun, mereka tidak diberi laluan mudah oleh gergasi Afrika itu kerana terpaksa berhempas pulas sehingga ke masa tambahan. ![]() Mphela (baju kuning) dijulang bagai wira ketika berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki minit-minit tambahan menerusi tendangan percuma kencang yang menerjah masuk ke gawang Sepanyol Di awal saingan, Afrika Selatan bagaikan sudah bersedia untuk meraikan kemenangan tetapi gol pembukaan yang dijaringkan oleh Katlego Mphela pada minit ke-73 dipadamkan oleh Daniel Guiza yang menjaringkan gol penyamaan minit ke-87. Seminit selepas itu, Sepanyol pula berada di hadapan apabila mendahului 2-1, juga menerusi jaringan Guiza. Dua jaringan pantas itu terus mematikan langkah Afrika Selatan yang menganggap misi mereka sudah berakhir. Namun, sebaliknya berlaku. ketika permainan memasuki minit kecederaan, Mphela menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang gagal ditepis oleh penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas. Dengan gol penyamaan itu, permainan berlarutan ke masa tambahan yang langsung digunakan sepenuhnya oleh Sepanyol untuk melakar kemenangan. Pada minit ke-18 masa tambahan itu, Sepanyol mendapat sepakan percuma dan ia disempurnakan dengan baik oleh Xabi Alonso untuk memberi kemenangan 3-2 kepada pasukannya. Aksi kedua-dua pasukan pada perlawanan tersebut agak seimbang. ![]() Alonso (dua dari kanan) memusnahkan harapan Afrika Selatan untuk merangkul kedudukan ketiga dalam Piala Konfederasi tahun ini apabila meledakkan gol kemenangan hasil tendangan percuma pada minit ke-106 ketika perlawanan berlarutan ke masa tambahan Masing-masing memiliki peluang untuk meloloskan diri tetapi barisan pertahanan kental untuk menafikan setiap percubaan. Meskipun gagal untuk menamatkan kempen di tempat ketiga tetapi Afrika Selatan sudah membuktikan bahawa mereka kini sudah bersedia untuk mementaskan Piala Dunia tahun depan. Selain memiliki kemudahan yang serba canggih, persiapan skuad kebangsaan mereka juga dilihat hebat seperti mana yang dipamerkan sepanjang Piala Konfederasi ini. |
|
| Last Updated ( Tuesday, 30 June 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |







