| Zidane pujuk Ribery sertai Real Madrid |
|
| Sunday, 14 June 2009 | |
|
Penasihat kepada presiden Real Madrid, Florentino Perez, Zinedine Zidane berusaha meyakinkan pemain tengah Perancis, Franck Ribery agar cuba berpindah ke Madrid dari Bayern Munich. "Saya bercakap dengan Franck. Dia pemain yang menakjubkan yang mempunyai tempat di Real dan bermain di kelab ini adalah satu peluang karier di mana bagi saya, anda tidak patut menolaknya. ![]() Zidane cuba memujuk rakan senegaranya, Ribery agar berpindah ke Madrid kerana merasakan ia adalah peluang yang tidak patut dilepaskan "Ia adalah peluang yang baik untuk Franck. Terpulang kepada dia," kata Zidane yang pernah merangkul gelaran pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali dan bekas pemain Real dari 2001 hingga 2006. Real kini semakin hampir menandatangani Cristiano Ronaldo selepas Manchester United bersetuju menerima tawaran perpindahan tertinggi dunia dari kelab Sepanyol itu yang bernilai £80 juta (RM462 juta) pada awal minggu ini. Sebelum itu, perancang Brazil, Kaka terlebih dulu menyertai Real dari AC Milan dengan bayaran perpindahan berjumlah £59 juta (RM336 juta) di mana bayaran perpindahan Ribery dijangka dalam nilai yang sama. "Membawa masuk pemain-pemain terbaik dunia memang memerlukan kos," kata Zidane. |
|
| Last Updated ( Monday, 15 June 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |






