Friday, 21 November 2008
Home arrow Berita arrow Zenit lebih hebat dari United
 
Zenit lebih hebat dari United E-mail
Saturday, 30 August 2008

 

Zenit St Petersburg membuktikan bahawa mereka lebih handal daripada juara Eropah, Manchester United dalam perebutan Piala Super yang berkesudahan dengan kemenangan 2-1. Jaringan daripada Pavel Pogrebynak dan Danny sudah cukup memadai untuk kelab Rusia itu mencatat koleksi kejuaraan mereka musim ini.

Pavel Pogrebynak menghadiahkan jaringan kepada Zenit sebelum tamat separuh masa pertama sebelum Miguel Danny menambah lagi derita United pada minit ke 59. Jaringan Nemanja Vidic pada minit ke – 77 ternyata tidak mampu untuk membangkitkan semula United bagi memburu jaringan penyamaan. Ianya bertambah perit lagi apabila Paul Scholes dihadiahkan kad merah di penghujung perlawanan berikutan kad kuning kedua yang diterimanya.

Manchester United menurunkan barisan terbaik mereka namun tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo ternyata United tidak mampu mempersebahkan rentak perlawanan yang menarik. Penyumbang 42 jaringan itu teraksa berehat selama 3 bulan disebabkan kecederaan dan dijangka akan kembali pada bulan Oktober.

Last Updated ( Sunday, 31 August 2008 )
 
< Prev   Next >