| Van Persie bantu Arsenal atasi Plymouth |
|
| Monday, 05 January 2009 | |
|
![]()
Ketua Pasukan semasa Robin van Persie menghasilkan dua jaringan dalam membantu Arsenal menumpaskan pasukan daripada Kejuaraan Coca – Cola Plymouth 3-1 di Stadium Emirates. Penyerang Belanda itu berjaya menjaringkan jaringan pada akhir babak pertama dan satu lagi pada lewat perlawanan setelah Karl Duguid menjaringkan jaringan tunggal bagi merapatkan jaringan di samping sokongn hebat daripada 9,000 penyokong mereka. Arsenal kali terakhir ke perlawanan akhir Piala FA ialah pada tahun 2005 yang merupakan piala terakhir yang dimenangi oleh anak buah Wenger. Gunners yang ketinggalan 10 mata dalam saingan liga berusaha untuk memastikan pencapaian mereka pada saingan Piala FA tidak mengecewakan. Wenger membariskan pemain – pemain hebat yang diketuai oleh van Persie bagi mengisi kekosangan Cesc Fabregas yang cedera. Beliau menyifatkan kejayaan melangkah ke pusingan ke – 4 merupakan satu perkara yang baik dan turut tidak ketinggalan untuk memuji persembahan anak buahnya. “Saya bagi pujian kepada pasukan saya kerana melakukan tugas dengan serius dan juga kepada Plymouth yang bermain dengan baik. Saya sangat terkejut dengan permainan mereka dan mereka sangat berbahaya,” kata Wenger. |
|
| Last Updated ( Monday, 05 January 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |

