|
United belasah Portsmouth, Liverpool kekal rentak |
|
|
Monday, 08 February 2010 |
|
Manchester United memalukan Portsmouth 5-0 dengan hatrik jaringan sendiri dlakukan bagi membantu anak buah Ferguson bersaing merebut takhta liga. Wayne Rooney menanduk untuk meletakkan United dihadapan sebagai jaringan ketujuh dalam empat perlawanan liga. Sebelum tamat separuh masa pertama, Anthony Vanden Borre menghadiahkan satu jaringan kepada United yang hanya menambahkan lagi kesukaran kelab tercorot itu.
Richard Hughes dan Marc Wilson turut tidak ketinggalan untuk tersenarai dalam senarai penjaring sendiri selepas itu sebelum Dimitar Berbatov melengkapkan kemenangan bergaya United. Sementara itu, Liverpool mengukuhkan lagi kedudukan di tempat keempat dengan menumpaskan musuh setempat, Everton 1-0 menerusi jaringan tunggal Dirk Kuyt. Selepas Sotirios Kyrgiakos dibuang padang seawal minit 34, Everton dilihat berpeluang mencatatkan kejayaan pertama di Anfield sejak kali terakhir dilakukan pada 1999 namun The Reds bermain lebih cemerlang. –Bolasepak.com
|