Thursday, 08 January 2009
Home arrow Berita arrow Torres baham Everton
 
Torres baham Everton E-mail
Sunday, 28 September 2008

Fernando Torres meneruskan kemenangan dua musim berturut – turut Liverpol di Goodison Park dalam pertemuan musuh setempat bertemu Everton. Sementara itu, Tim Cahill menjadi pemain ke lapan yang dibuang padang dalam lapan pertemuan terakhir kedua -  dua pasukan itu.

Anak buah Benitez berjaya mendominasi perlawanan sejak sepak mula namun gagal mencipta peyudahan yang berkesan bagi memecah kebuntuan jaringan sepanjang separuh masa pertama. Everton pula terlepas satu – satunya peluang keemasan yang diperolehi Tim Cahill dalam 45 minit pertama itu setelah gagal menyepak bola dihadapan gawang The Reds yang hanya menyentuh sedikit kakinya.

Babak kedua menyaksikan pasukan pelawat terus menguasai perlawanan namun masih buntu untuk melakukan penyudahan dengan baik. Akhirnya kebijaksanaan Robbie Keane menghantar bola lintang kepada Torres berjaya merobek gawang Everton pada minit ke- 59.

Torres sekali lagi menghukum kealpaan benteng pertahanan musuh tradisi itu 3 minit kemudian untuk meletakkan Liverpool dihadapan 2-0. Harapan Everton untuk mencipta mata pertama di tempat sendiri musim ini musnah selepas ayam tambatan mereka, Tim Cahill dibuang padang kerana mengasari Xabi Alonso pada minit ke -80.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan dan keputusan itu merupakan keputusan yang serupa seperti musim lepas namun ianya dijaringkan oleh Kuyt kedua -  duanya. Setelah 6 perlawanan berlalu musim ini, Everton masih mengekalkan rekod kalah di tempat sendiri serta rekod tanpa kalah di tempat lawan.

Comments
Add New Search RSS
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Monday, 29 September 2008 )
 
< Prev   Next >