|
Terry dibuang, Liverpool kekal di atas |
|
|
Tuesday, 23 December 2008 |
|
Chelsea gagal untuk mengambil kesempatan mengatasi Liverpool bagi berada di tangga teratas liga setelah hanya seri tanpa jaringan dengan Everton dalam aksi 10 pemain setelah Terry dibuang padang.
Semuanya kesilapan Chelsea yang sepatutnya menyaksikan pasukan mereka mencatatkan kemenangan di Goodison Park bagi merampas kedudukan teratas liga. Namun kekasaran Terry ke atas Leon Osman menyaksikan pasukan tuan rumah lebih berbisa selepas itu. Everton boleh bergembira dengan satu mata yang diperolehinya walaupun usaha lewat perlawanan Steven Pienaar tidak disahkan oleh pengadil perlawanan. Dengan ketiadaan Terry, jiran tetangga Liverpool itu berjaya menamatkan rekod 100% Chelsea dalam mencatat kemenangan di tempat lawan. Pertahanan Everton Tony Hibbert kembali dalam kesebelasan utama kali pertama semenjak pertengahan bulan Oktober. Sementara itu Chelsea mengekalkan pemain yang serupa ketika seri dengan West Ham. Terry tidak dibenarkan beraksi dalam pertemuan menentang West Brom dan Fulham serta perlawanan Piala FA menentang Southend. Keputusan ini mengekalkan The Blues satu mata di belakang Liverpool yang berada di tangga teratas.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 24 December 2008 )
|