| Strategi Capello beri England menang besar |
|
| Tuesday, 14 October 2008 | |
|
Fabio Capello dikecam hebat setelah anak buahnya gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang 45 minit pertama perlawanan yang berkesudahan tanpa jaringan. Namun perbuahan strategi yang dibuat Capello berjaya membuahkan 5 jaringan pada babak kedua bagi memberi kemenagan ketiga England dalam 3 perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2010. Penyokong setia England ternyata kecewa dengan corak permaianan three lions sepanjang babak pertama yang tidak mampu menghasilkan sebarang serangan yang menarik. Dengan meletakkan Frank Lampard, Steven Gerrard dan Gareth Barry di bahagian tengah, Engaland dilihat begitu kuat dibahagian itu dan menguasai sepenuhnya namun gagal mencipta sebarang percubaan untuk menjaringkan jaringan. Kesilapan itu disaksikan sendiri oleh Capello sebelum beliau mengubah fikiran untuk memantapkan serangan yang lebih tajam di bahagian tepi dengan memasukkan Shaun Wright-Phillips untuk digantikan dengan Barry. Akhirnya, ketua pasukan England Rio Ferdinand memecahkan kebuntuan jaringan setelah 52 minit peralawanan berlalu menerusi tandukan padunya. England dihadiahkan sebiji lagi jaringan yang dihasilkan oleh Aleksandr Kuchma yang gagal membuang bola dengan baik untuk memberi jaringan sendiri. Kedudukan 2-0 itu dikejutkan oleh Zhambyl Kukeyev yang mengegarkan Wembley bagi merapatkan semula kedudukan menjadi 2-1. Penyokong England yang kecewa dengan jaringan tersebut mengkritik pemain – pemain England di atas padang. Namun Wayne Rooney mengembalikan keceriaan di Wembley dengan menjarakkan semula kedudukan setalah bijak menyempurnakan hantaran daripada Theo Walcott pada minit ke 77. David Beckham dimasukkan bagi menguatkan lagi bahagian serangan England dan ianya ternyata menjadi setelah pemain L.A Galaxy itu menghantar kemas bola kepada Rooney untuk memberi jaringan ke-4 England. Kemenangan sudah ternyata milik England. Penyokong setia England bersorak gembira namun tidak lagi dapat menyaksikan jaringan daripada Ronney setelah beliau dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Jermain Defoe. Bagaimanpun Capello lebih memahami. Tindakan beliau memasukkan Defoe ternyata memberikan hasil setelah pemain Portsmouth itu menambah sebiji lagi jaringan bagi melengkapkan kemenangan besar England ke atas Kazakhstan 5-1. |
|
| Last Updated ( Saturday, 18 October 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Livescores |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |

