Thursday, 08 January 2009
Home arrow Berita arrow Stamford Bridge tetap kebal
 
Stamford Bridge tetap kebal E-mail
Monday, 22 September 2008

Semangat berkobar Manchester United untuk memadam rekod tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge ternyata tidak cukup tinggi setelah Chelsea berjaya memastikan ianya terus kekal. Jaringan Park Ji Sung pada minit ke -18 berjaya dipadam oleh pemain gantian Kalou ketika baki perlawanan hanya tinggal 10 minit sahaja.

Man U terus buntu untuk mencari kemenangan setelah mengharungi 6 perlawanan musim ini dengan hanya satu kemenangan. 4 perlawanan liga setakat ini menyaksikan anak buah Ferguson hanya mampu mengumpul 5 mata dengan kehilangan sebanyak 7 mata berharga.

Bagaimanapun mereka tetap harus diberi pujian kerana melalui jadual perlawanan yang ketat di mana terpaksa menempuhi Liverpool dan Chelsea di tempat lawan. Kejayaan memperolehi satu mata di Stamford Bridge merupakan satu keputusan yang harus dibanggakan kerana berjaya mencuri 2 mata yang sepatutnya dimiliki Chelsea.

Seperti pertemuan di Anfield, United bermula dengan garang dan berjaya mengawal bola sepenuhnya untuk 10 minit pertama. Peluang pasukan pelawat itu hadir di atas kesilapan Cech yang berada di luar posisi namun cubaan Rooney hanya melewati tiang gol. Joe Cole turut melepaskan peluang keemasan ketika berhadapan dengan Van der Sar namun sepakannya tidak tepat untuk menghasilkan jaringan.

Akhirnya kealpaan benteng pertahanan Chelsea membuka peluang kepada Park untuk menolak mudah ke gawang gol setelah Cech gagal menangkap kemas cubaan Berbatov. Babak kedua menyaksikan Scolari terpaksa menurunkan Drogba untuk menggempur pertahan United yang kukuh namun gagal menghasilkan sebrang impak.

Chelsea semakin terdesak untuk mencari jaringan penyamaan dengan memasukkan seorang lagi penyerang mereka, Kalou dan ianya ternyata berhasil setelah Kalou tenang menanduk mudah hantaran sepakan percuma untuk menewaskan Kuszack yang menggantikan Van der Sar akibat kecederaan.

Keputusan seri ini sekali gus mengekalkan Arsenal di tangga teratas diikuti Chelsea dan Liverpool yang masing – masing mengumpul 11 mata kurang satu mata daripada Arsenal.

Comments
Add New Search RSS
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Wednesday, 24 September 2008 )
 
< Prev   Next >