|
Monday, 05 January 2009 |
|
 Pasukan Liga 1 Southend mengejutkan Chelsea menerusi jaringan masa kecederaan untuk mengikat kedudukan 1-1.
Jaringan separuh masa pertama Salomon Kalou menyaksikan seolah –olah Chelsea bakal melangkah ke pusingan seterusnya namun Peter Clarke menafikan segala – galanya pada miit akhir. Chelsea menguasai keseluruhan perlawanan namun kesilapan membiarkan Clarke keseorangan memudahkan beliau menewaskan Carlo Cudicini. Chelsea dilihat memerlukan penyudah kelas pertama setelah beberapa kali gagal melepasi kubu pertahanan kelab kerdil itu. Pengurus Chelsea Luiz Felipe Scolari menyifatkan anak buah mereka menghadapi masalah untuk menjaringkan jaringan di hadapan gawang gol yang menyaksikan pasukannya terpaksa bermain perlawanan ulangan. Penyerang Chelsea Joe Cole, Didier Drogba dan Salomon Kalou mempunyai nilai hampir £40 juta namun tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh mereka bagi mengesahkan kedudukan mereka ke pusingan seterusnya. “Saya perlu mengajar anak buah saya lebih yakin ketika mereka di hadapan gawang gol. Mungkin mereka menghadapi tekanan,” jelas Scolari.
|
|
Last Updated ( Thursday, 08 January 2009 )
|