| Simao nafi kemaraan Liverpool |
|
| Friday, 24 October 2008 | |
|
![]()
Simao Sabrosa menyelamatkan Atletico Madrid dari menerima kekalahan di Vicente Calderon dalam saingan Liga Juara – Juara Kumpulan D. Robbie Keane meletakkan Liverpool dihadapan terlebih dahulu sebelum Simao menyamakan kedudukan pada lewat permainan. Liverpool pada separuh masa pertama ternyata terlalu kuat buat Atletico Madrid dengan menguasai perlawanan sepenuhnya. Keane berjaya menghasilkan jaringan keduanya bersama Liverpool setelah menerima hantaran cantik Steven Gerrad pada minit ke -14. Tidak lama selepas itu Keane berpeluang menjarkkan lagi kedudukan kepada 2-0 menerusi hantaran lintang Gerrard namun kesilapan Keane yang cuba untuk menjaringkan jaringan menerusi tolakan belakang tidak berhasil. Separuh masa kedua menyaksikan tuan rumah membawa masuk ayam tambatan mereka Sergio Leonel Aguero dan Liverpool bermain dengan corak lebih bertahan untuk mengurangkan keletihan bagi menghadapi Chelsea. Keane, Gerrad dan Alonso dikeluarkan bagi memberi peluang kepada pemain simpanan dan ianya memberi ruang kepada Atletico untuk menguasai perlawanan. Akhirnya jaringan Simao pada minit ke 83 menyelamatkan tuan rumah daripada menerima kekalahan pertama dalam kejohanan ini. Keputusan seri ini mengekalkan Liverpool dan Atletico mengungguli Kumpulan D dengan 7 mata. |
|
| Last Updated ( Friday, 24 October 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Livescores |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |

