Thursday, 08 January 2009
Home arrow Berita arrow Rooney kekalkan rentak bantu kemenangan United
 
Rooney kekalkan rentak bantu kemenangan United E-mail
Sunday, 19 October 2008

 

Wayne Rooney mengekalkan rentak kecemerlangan beliau dalam menjadi nadi utama kejayaan United membelasah Wes Brom 4-0. Bagaimanapun kesemua jaringan tersebut terhasil selepas babak kedua.

Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Dimitar Berbatov dan Nani masing – masing mencatatkan nama sebagai penjaring bagi meletakkan Man U berada di kedudukan terbaik musim ini iaitu di tangga ke -4. Dengan memiliki 14 mata dan satu kelebihan perlawanan, anak buah Fergusan dijangka bakal menjadi pencabar terhebat untuk perebutan liga.

“Ini adalah aksi terbaik saya sepanjang karier saya,” kata Rooney. “ Semuanya berjalan lancar pada masa kini. Saya berharap ianya akan berterusan dalam membantu kelab memenangi lebih banyak trofi.” Sementara itu Ferguson menyatakan Rooney kini baru 22 tahun dan menyatakan harapan agar beliau akan lebih meningkat sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Ronaldo.

“Saya tidak rasa kami memberikan amaran kepada mereka (Chelsea, Liverpool, Arsenal) malam ini. Saya rasa kami telah melakukannya pada awal musim lagi. Kami memenangi liga dan juga Liga Juara – Juara.” Kata Ferguson.

Comments
Add New Search RSS
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Tuesday, 21 October 2008 )
 
< Prev   Next >