Monday, 22 March 2010
Home arrow Berita arrow Ronaldo mula dunia baru di Bernabeu
 
Ronaldo mula dunia baru di Bernabeu E-mail
Saturday, 27 June 2009

Real Madrid secara rasmi sah menandatangani khidmat Cristiano Ronaldo dengan kontrak selama enam tahun mencecah bayaran berjumlah €93 juta (RM461 juta), lapor kelab gergasi Sepanyol itu semalam.

CRISTIANO RONALDO
Ronaldo secara rasmi akan menjadi pemain Real Madrid pada 1 Julai ini

Bekas pemain sayap Manchester United itu bakal meraih pendapatan sebanyak €13 juta (RM64 juta) setahun bersama Real sekali gus meletakkan dirinya sebagai pemain berpendapatan tinggi di dunia.

"Kelab bola sepak Real Madrid dan Manchester United telah menandatangani persetujuan berhubung perpindahan Cristiano Ronaldo ke Santiago Bernabeu pada 1 Julai ini.

"Ronaldo akan kekal bersama Real Madrid selama enam tahun," menurut petikan laman web Real.

Ronaldo kini mengatasi pendapatan penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic yang memperoleh gaji sebanyak €12 juta (RM59 juta) setahun.

Semasa di Old Trafford, Ronaldo, 24, memperoleh pendapatan sebanyak €7.5 juta (RM37 juta) setahun.

Pada 1 Julai ini juga bakal menyaksikan pemaina kebangsaan Portugal itu diumumkan sebagai pemain Real secara rasmi dan diperkenalkan kepada peminat di Bernabeu pada 6 Julai ini.

Menurut laporan laman web itu, kelab lama Ronaldo, United akan menerima bayaran sepenuhnya minggu depan.

Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008 itu bakal menjadi aset penting Real dalam merealisasikan impian Presiden barunya, Florentino Perez untuk mengembalikan era kegemilangan kelab berkenaan di peringkat Eropah.

Ketika kegemilangan Galacticos sebelum ini, Perez pernah membeli beberapa pemain bintang seperti Zinedine Zidane, Roberto Carlos dan David Beckham.

Selain Ronaldo, Real turut mendapatkan khidmat perancang tengah Brazil, Kaka selain meneruskan pemburuan mendapatkan pemain Bayern Munich, Franck Ribery.

Comments
Add New Search RSS
Anonymous   |203.82.79.xxx |2009-06-28 01:07:38
wei..ak bih mhl la..dri die..ala..tkt 32 2 kit je..
mr_buboq_real  - REAL kembali...   |115.132.3.xxx |2009-06-30 07:40:11
salam kepada semua...

nmpk nya ceo baru, perez da ngamuk! sblm ni dia da resign
sewaktu era kegemilangan vicente del bosque yg membawa real meraih kejuaraan
berganda serta jaringan TERCANTIK EROPAH zidane half volley assist by roberto
carlos yg menyaksikan real menjulang piala eropah buat kali
terakhir....

walaupon aku benci ronaldo tp xpa, bg muka sbb mak dia suroh dia
pi main kt real... tidak dia pon xmaw! kami penyokong pon x teringin!!!
afiq   |60.52.5.xxx |2009-07-03 21:03:16
i hate ronaldo
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Saturday, 27 June 2009 )
 
< Prev   Next >
 

Check out these portals: