Thursday, 08 January 2009
Home arrow Berita arrow Ronaldo kembali bangkitkan Man U
 
Ronaldo kembali bangkitkan Man U E-mail
Sunday, 28 September 2008

 

Critiano Ronaldo membantu Manchester United mencatatkan kemenangan pertama liga di tempat sendiri musim ini dengan mengenepikan Bolton 2-0. Jaringan penalti kontrovesi Ronaldo serta jaringan daripada pemain gantian Wayne Rooney membantu United mengutip 3 mata penuh.

United gagal menembusi gawang Bolton sepanjang babak pertama walaupun berjaya mengawal perlawanan dan membuat percubaan merbahaya. Boton ternyata mengamalkan corak permainan bertahan dan mengharapkan ianya akan kekal sehingga tamat perlawanan untuk mencuri 2 mata daripada juara bertahan itu.

Namun impian itu ternyata sekadar angan – angan sahaja setelah pengadil perlawanan Rob Styles dengan menakjubkan menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah setelah terang - terangan Jlloyd Samuel tidak mengasari Ronaldo yang jatuh di dalam kotak penalti.

Pemain kebangsaan Portugal itu berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang sekali gus membangkitkan semangay Red Devils untuk terus memburu jaringan. Gandingan Tevez dan Berbatov dilihat seperti tidak menjadi dan Ferguson mengambil keputusan untu mengeluarkan Tevez bagi memberi ruang kepada Rooney beraksi.

Perancangan Fergie ternyata menjadi setelah Rooney berjaya meletakkan United selesa dengan dua jaringan dihadapan. United berpeluang sekali lagi untuk menjaringkan jaringan ketiga menerusi Berbatov namun muka baru di Old Trafford itu mensia – sia kan peluang mudah tersebut.

Kemenangan United  ini merupakan kemenangan kedua mereka dalam 5 perlawanan liga yang telah dharungi dan kembali menyuntik semangat sang juara ke landasan yang tepat.

Comments
Add New Search RSS
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Monday, 29 September 2008 )
 
< Prev   Next >