Friday, 12 March 2010
Home arrow Berita arrow Ronaldo ke Real Madrid, pecah rekod Zidane
 
Ronaldo ke Real Madrid, pecah rekod Zidane E-mail
Thursday, 11 June 2009

Manchester United menamatkan spekulasi mengenai perpindahan bintangnya, Cristiano Ronaldo apabila menerima tawaran lumayan daripada Real Madrid berjumlah £80 juta (RM462 juta).

Jumlah tersebut meletakkan Ronaldo sebagai pemain termahal di dunia dengan mengalahkan rekod perpindahan yang dipegang Zinedine Zidane dari Juventus ke Real dengan bayaran £46.7 juta (RM269.8 juta).

Cristiano Ronaldo
United terpaksa melupakan khidmat Ronaldo selepas pengurusan kelab juara EPL itu bersedia melepaskan pemain itu dengan bayaran £80 juta

Berita perpindahan pemain berusia 24 tahun itu disahkan oleh laman web United dan semua proses akan diselesaikan pada penghujung bulan ini.

Ronaldo sudah lama menjadi sasaran gergasi Sepanyol itu di mana presiden Florentino Perez minggu lalu berikrar untuk melakukan apa saja termampu bagi membawa masuk penyerang United itu ke Bernabeu.

Seminggu sebelum itu, Perez terlebih dulu menandatangani kontrak perpindahan Kaka yang berjumlah £59 juta (RM340 juta) dengan jumlah keseluruhan £139 juta (RM803 juta) hanya untuk mendapatkan dua pemain.

Real sebelum ini memang sudah dikenali sebagai kelab yang sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan bintang-bintang bola sepak ternama dunia seperti bintang Brazil Ronaldo (£23.2 juta), David Beckham (£24.5 juta), Luis Figo (£37 juta) dan juga Zidane.

Walaupun terpaksa kehilangan pemain terbaik dunia itu, United sekurang-kurangnya dapat menggunakan wang perpindahan tersebut dalam pelabuaran kelab dan membentuk semula pasukan.

Justeru pengurus, Sir Alex Ferguson kemungkinan besar menawarkan posisi penyerang tengah kekal kepada Wayne Rooney dan memenuhi janji yang diucapkannya atas apa yang ditampilkan penyerang England itu di peringkat antarabangsa.

United ketika ini cuba mendapatkan pemain Wigan, Antonio Valencia dan pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery walaupun nilai £40 juta yang diletakkan kelab Jerman itu terlalu tinggi.

Ferguson pastinya sudah melakar rancangan sewajarnya dalam menampilkan muka-muka baru United sebelum juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bertolak ke Asia dalam rangka lawatan awal musim kelab itu selama lima minggu.

Red Devils hampir pasti menampilkan beberapa pemain baru dengan pemain veteran Edwin van der Sar, Ryan Giggs, Paul Scholes dan Gary Neville hampir berada di penghujung karier masing-masing.

Comments
Add New Search RSS
azmi  - BODOH   |115.135.14.xxx |2009-06-15 18:05:18
[/size][size=x-large]
Christian Louboutin Boots  - Christian Louboutin Evening     |59.58.159.xxx |2010-03-10 21:11:49
100310SLHFF
There were multiple places where I searched for Christian Louboutin Boots replica boots. One of the best thing to shop for it online is that even
for replica products there are always sales. Another beautiful things is
that when you shop online a perfect coupon can be easily located for
any of the sites just by searching for it in google. Another very
important thing to search for in a good Christian Louboutin Evening website is free shipping and a Christian Louboutin Pump return policy that works for you. Always make sure to go through the
return policy before you make your purchase. If in case you not happy
about the product in any way then you can Christian Louboutin Sandals make sure that you will be able to Christian Louboutin shoes return it.Keep in mind that when Cheap Christian Louboutin Boots you shopping at most online stores for replica goods, most of the time th...
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Thursday, 11 June 2009 )
 
< Prev   Next >
 

Check out these portals: