| Owen muktamad jadi milik United |
|
| Saturday, 04 July 2009 | |
Michael Owen sah menjadi pemain baru Manchester United. Penyerang tersebut menandatangani perjanjian selama dua tahun di Old Trafford tanpa sebarang yuran perpindahan kerana Owen merupakan ejen bebas.![]() Siapa pun tidak pernah menyangka Owen akan menyarungkan jersi United suatu hari nanti Perpindahan bekas pemain Liverpool, Real Madrid dan Newcastle itu turut disahkan pengurus United, Sir Alex Fergson. "Michael adalah penyerang bertaraf dunia dengan rekod menjaringkan gol pada tahap tertinggi dan ia tidak dapat dipertikaikan. Dia datang ke Manchester United dengan jangkaan bahawa kami mengharapkan sesuatu yang perlu Michael tunaikan," kata Ferguson.
"Saya baru saja mula bercakap dengan kelab-kelab lain apabila Sir Alex menghubungi saya pada Rabu lalu, menjemput saya bersarapan pada pagi berikutnya dan memberitahu saya bahawa dia mahu mendapatkan saya. Saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang. "Ini adalah peluang yang menakjubkan buat saya dan saya mengalu-alukannya dengan tangan terbuka. |
|
| Last Updated ( Saturday, 04 July 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |






