Berita EPL
Berita Terkini Bola Sepak
| Scholes wira UnitedSunday, 07 March 2010 + Full Story | Ferguson tahu Rooney akan jaringkan golTuesday, 02 March 2010 + Full Story | Lagi Berita | ||
Berita Bola Sepak Malaysia
| Arsenal terus beri tekananSunday, 07 March 2010 + Full Story | Johor FC mahu tumbangkan KL PlusTuesday, 09 February 2010 + Full Story | Lagi Berita | ||
| Milan buka langkah dapatkan Adebayor |
|
| Sunday, 28 June 2009 | |
|
Timbalan Presiden AC Milan, Adriano Galliani mendedahkan bahawa beliau sudah berbincang dengan Arsenal mengenai kemungkinan menandatangani penyerang kelab itu, Emmanuel Adebayor. Sebelum ini, pilihan pertama Rossoneri itu adalah bintang Wolfsburg, Edin Dzeko. Namun Milan terpaksa beralih kepada Adebayor berikutan keengganan kelab Jerman itu melepaskan Dzeko. ![]() Adebayor kini menjadi sasaran utama Milan selepas gagal mendapatkan khidmat penyerang Wolfsburg, Dzeko Pada Khamis lalu, Galliani membayangkan bahawa dia kemungkinan besar berminat dengan Adebayor dan kini kelab Serie A itu mula mengorak langkah untuk mendapatkan pemain kebangsaan Togo itu. "Kami tidak ada sebarang perjanjian dengan Dzeko. Dia adalah pemain Wolfsburg. Dzeko menyatakan bahawa dia berminat untuk berpindah tetapi buat masa ini mereka tidak mahu melakukan sebarang rundingan. "Kami menulis kepada Wolfsburg dan mereka membalas bahawa dia (Dzeko) bukan untuk dijual. Jika Wolfsburg menukar fikiran, kami bersetuju bahawa mereka akan menghubungi Milan. Jika mereka setuju, saya bersedia turun ke sana. "Tiada bayaran perpindahan setakat ini, pada masa ini Dzeko bukan untuk dijual. Jika dia bersedia untuk dilepaskan, barulah kami akan mula bercakap menegnai bayaran. ![]() Galliani mendakwa pengurus Arsenal, Wenger memberi respons positif mengenai Adebayor ketika mereka berdua berbincang mengenai pemain itu melalui telefon "Adebayor dan Luis Fabiano adalah alternatif. Tentang Adebayor, kami sudah menghubungi melalui telefon dan Wenger begitu ramah sekali berbincang mengenai perkara itu," kata Galliani. Sementara itu, spekulasi mula tercetus mengenai status Andrea Pirlo dan Gennaro Gattuso yang akan menyertai kelab bekas jurulatih mereka, Carlo Ancelotti di Chelsea. Bagaimanapun, Galliani mengulangi bahawa tiada tawaran yang dibuat ke atas Pirlo, manakala Gattuso ditawarkan untuk dipotong gaji bagi melanjutkan status dirinya sebagai pemain di San Siro. "Tiada tawaran untuk Pirlo dan mereka bersama Ancelotti pada malam Khamis lalu hanya sekadar untuk makan malam antara rakan lama, di mana Carletto berada di Milan untuk menghadiri majlis graduasi anak perempuannya. "Pada malam Rabu, saya makan malam bersama Gattuso dan dia memberitahu saya bahawa dia bersedia untuk mengurangkan gajinya. Dia masih mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya, jadi ia akan dilanjutkan kepada tiga tahun dengan mengurangkan gaji. "Gattuso adalah contoh lelaki sejati dan luar biasa," kata Galliani. Sementara itu, Davide di Gennaro kembali semula dari Genoa selepas Milan berjaya mendapatkan hak milik separuh daripada hak-hak pemain kelab yang lain. Rossoneri juga mengesahkan bahawa mereka telah tewas kepada kelab Serie A yang lain dalam saingan mendapatkan penyerang Treviso berusia 18 tahun, Gianmarco Zigoni. |
|
| Last Updated ( Sunday, 28 June 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
Bola Sepak Malaysia
Bola Sepak
Bolasepak adalah acara sukan yang paling popular dan diminati oleh ramai orang di seluruh negara-negara di dunia ini. Bolasepak adalah acara sukan yang telah banyak mendapat tontonan yang terbanyak di dunia. Acara sukan Bolasepak juga telah berjaya mempengaruhi anak-anak kecil untuk menceburi arena sukan bola sepak malahan ada di sesebuah negara telah mengadakan sukan bola sepak khas kepada kanak-kanak (kids football) kerana disini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang ada semasa kecil dan melatih supaya menjadi pemain bola sepak professional pada masa akan datang. Acara sukan bolasepak ini juga mempunyai badan pentadbiran dunia yang tersendiri iaitu FIFA, atau Persatuan BolaSepak Antarabangsa ( International Federation Of Association Football), FAM(football association Malaysia) untuk pentadbiran bolasepak di Malaysia. Daftar sekarang di Bolasepak.com untuk mengetahui lebih mengenai berita bola sepak, prediksi bola dan banyak lagi di arena bola sepak, pendaftaran adalah percuma.Perbincangan Terkini
Member Login
Who's Online
We have 5 guests onlineUndian Anda
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Bola Sepak Newsletter
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |







