| Liverpool terikat dengan Villa |
|
| Monday, 01 September 2008 | |
|
Hasrat Liverpool untuk memintas Chelsea di tangga teratas terkubur selepas gagal menumpaskan Aston Villa yang hampir – hampir membuat kejutan ke atas pasukan the Reds. Ketiadaan Steven Gerrard dan kecederaan awal Fernando Torres ternyata mematikan rentak Liverpool untuk mencipta serangan. Benitez mencuba nasib dengan menukar corak permainan kembali kepada 4-5-1 dengan meletakkan Robbie Keane di sebelah kiri dan mempertaruhkan Torres di bahagian atas. Namun ianya ternyata cacat dengan Keane gagal berfungsi dengan baik di sayap kiri yang kerap keluar posisi. Berita buruk terus menimpa Liverpool kerana terpaksa mengeluarkan Torres yang cedera untuk digantikan dengan pendatang baru Ngong. Namun semangat juang Aston Villa ternyata menjulang dengan melakukan serangan merbahaya ke kubu Liverpool. Keputusan seri tanpa jaringan bukanlah suatu yang mengejutkan berikutan prestasi Liverpool dalam perlawanan sebelumnya. Bagaimanapun Benitez tidak mempunyai banyak masa lagi untuk memikirkan perubahan kerana Liverpool akan berhadapan dengan Manchester United dalam perlawanan seterusnya. |
|
| Last Updated ( Tuesday, 02 September 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Livescores |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |

