|
Liverpool mudah ke pusingan 4 |
|
|
Monday, 05 January 2009 |
 Steven Gerrard bangkit dengan persembahan yang membanggakan untuk Liverpool bagi mengatasi Preston 2-0 dalam saingan Piala FA pusingan ke-3.
Ketua Pasukan The Reds itu ditahan awal minggu ini setelah didapati terlibat dengan kes pergaduhan yang menyebabkan kecederaan bagaimanapun mampu menyajikan persembahan baik serta menamatkan perlawanan dengan hantaran tidak tamak ke Fernando Torres untuk jaringan kedua Liverpool. Gerrard turut menukar bajunya setelah tamat perlawanan dengan Paul McKenna dan memberikan penghormatan kepada penyokong Liverpool yang memberi sokongn padu kepadanya. Albert Riera membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama di mana ianya merupakan keempat musim ini. Bagaimanapun Liverpool banyak melepaskan peluang keemasan terutamanya daripada Robbie Keane yang sebenarnya mampu memberikan kemenangan besar kepada Liverpool. “Steven sangat profesional, dia mendapat sokongan penuh daripada kelab dan kamu dapat lihat bagaimana beliau selepas perlawanan,” kata Lee.
|