| Mesti kekalkan pemain untuk jadi juara: Torres |
|
| Tuesday, 30 June 2009 | |
|
Penyerang Liverpool, Fernando Torres percaya kelab tersebut memerlukan khidmat Xabi Alonso dan Javier Mascherano jika mahu merampas mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris dari Manchester United. Kedua-dua pemain tengah itu menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona, tetapi Torres bersependapat dengan pengurusnya, Rafael Benitez agar tidak menjual dua pemain tersebut. ![]() Torres (kiri) berpendapat The Reds perlu mengekalkan pemain bintang sedia ada jika mahu mencabar penyandang liga, United pada musim depan "Saya agak bimbang kehilangan rakan sepasukan saya dan jika kami berjaya mengekalkan pemain terbaik kami dan dapat membawa beberapa pemain baru kami akan bertambah mantap musim hadapan," kata Torres. Pada Isnin lalu, Alonso gagal melafazkan kesetiaannya kepada Liverpool sementara Presiden Barca, Joan Laporta pula dilaporkan menggunakan rakan senegara Mascherano, Lionel Messi untuk memujuk kapten Argentina meninggalkan Anfield. Spekulasi perpindahan mengenai kedua-dua pemain tersebut begitu membimbangkan Torres yang baru saja melanjutkan kontrak bersama kelab tersebut sehingga hujung musim hadapan. "Apa yang penting adalah kami semakin menghampiri kejuaraan dan ianya akan mengecewakan saya kerana kami gagal merangkul sebarang kejuaraan untuk tiga tahun dan ianya adalah satu tempoh yang panjang. "Cita-cita saya adalah untuk memenangi kejuaraan bersama Liverpool, kami perlu merangkul kejuaraan pada musim hadapan," katanya. |
|
| Last Updated ( Tuesday, 30 June 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |






