Friday, 21 November 2008
Home arrow Berita arrow Kini Big Five - Giggs
 
Kini Big Five - Giggs E-mail
Friday, 05 September 2008

 

Pemain tengah Manchester United, Ryan Giggs berkata kini bola sepak Inggeris perlu melupakan big four yang merupakan tradisi bola sepak di situ kerana perubahan kepada Big Five bakal berlaku. Kejutan yang dibuat oleh Manchester City membawa bintang Brazil, Robinho dengan nilai yuran perpindahan dalam bola sepak Inggeris iaitu sebanyak £32.5million merupakan petanda awal kebangkitan kelab itu.

Giggs berkata ramai yang menjangkakan Chelsea akan memiliki pemain dari Real Madrid itu namun ramai yang tidak menjangkakan Chelsea tewas dalam perubatan dengan City. “Anda hanya perlu menghargai wang yang mereka dapat.

“Dengan nilai kewangan yang mereka belanjakan, beberapa tahun akan dating merupakan sesuatu yang menarik dan kita hanya perlu tunggu dan lihat sahaja,” kata Giggs. Beliau berkata contoh yang paling mudah dilihat ialah Chelsea yang kini merupakan antara kelab yang digeruni di Eropah.

Last Updated ( Sunday, 07 September 2008 )
 
< Prev   Next >