|
Kaka mahu sertai Man City |
|
|
Monday, 08 September 2008 |
|
 Bintang AC Milan Kaka membuat kenyataan untuk menyertai Manchester City sekiranya kelab terbabit berjaya melayakkan diri ke peringkat Liga Juara – Juara. Pemain bertaraf dunia ini dikaitkan dengan Chelsea semasa perpindahan musim panas lalu namun perubahan City yang mendadak menjadi faktor beliau ingin berada di kelab yang telah disertai Robinho itu.
Milan bersedia dengan perpindahan sebanyak €100 juta daripada pemilik City, Abu Dhabi United Group (ADUG) yang mahu membariskan pemain terbaik dunia di kelab itu. “Kaka minat kelab seperti Chelsea, Real Madrid dan kelab besar tetapi kita tidak mengetahuinya. Musim ini City bukanlah pasukan yang boleh memengangi Liga Juara – Juara. “ “Mungkin musim depan mereka boleh berada di kejohanan tersebut. Apa yang mereka perlu lakukan ialah memenangi Liga Perdana dan Liga Juara – Juara,” kata wakil Kaka, Diogo Kotscho. |
|
Last Updated ( Tuesday, 09 September 2008 )
|