Friday, 21 November 2008
Home arrow Berita arrow Joe Cole bantu England, Perancis gigit jari
 
Joe Cole bantu England, Perancis gigit jari E-mail
Sunday, 07 September 2008

 

England memulakan misi pusingan kelayakkan Piala Dunia 2010 dengan kemenangan 2-0 ke atas Andorra hasil 2 jaringan pemain gentian Joe Cole pada babak kedua. Sementara itu, finalis Piala Dunia Perancis dikejutkan dengan Austria dengan kekalahan 3-1 di Ernst Happel.

England beraksi hambar pada babak pertama apabila buntu untuk memecah gawang gol Andorra yang dikawal rapi pertahanan Austria. Bagaimanapun perubahan strategi yang dilakukan Capello akhirnya berhasil setelah memasukkan Joe Cole pada separuh masa kedua yang berjaya menghasilkan 2 jaringan berharga dalam masa 6 minit iaitu pada minit ke – 49 dan 55.

Sementara itu, Perancis terus hambar di pentas antarabangsa apabila mencatat kekalahan pertama dalam pusingan kelayakkan di tangan Austria 3-1. Jaringan awal daripada Marc Janko diikuti Rene Aufhauser sudah cukup memberi tekanan buat Les Blues walaupun Sidney Govou berjaya merapatkan jurang pada minit ke - 61. Namun jaringan sepakan penalti oleh Andreas Ivanschitz 17 mint sebelum tamat perlawanan sudah cukup memberi kekecewaan kepada semua peminat Perancis.

Pertemuan lain menyaksiakn Portugal membelasah Malta 4-0 manakala Jerman menang besar ke atas Liechtenstein 6-0. Crotia pula tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan Kazakhstan 3-0 dan Juara Dunia Itali berjaya mengatasai Cyprus 2-1 hasil dua jaringan Antonio Di Natale. Selain itu, Argentina hanya sekadar seri 1-1 bertemu Paraguay dengan menyaksikan Carlos Tevez dilayangkan kad merah seawal minti ke -30.

Last Updated ( Monday, 08 September 2008 )
 
< Prev   Next >