|
Ibrahimovic bersedia sarung jersi Barca |
|
|
Friday, 05 June 2009 |
|
Penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic dijangka menyertai kelab juara Eropah, Barcelona musim depan, menurut ejen.
Spekulasi mula tercetus apabila presiden Inter, Massimo Moratti dan rakan sejawatnya dari Barca, Joan Laporta mengadakan perbincangan mengenai masa perkara itu di sebuah hotel di Sepanyol.
"Apa yang saya tahu ialah jika dua kelab itu mencapai perjanjian, kami tidak ada masalah untuk bersetuju dengan Barcelona," kata ejen, Mino Raiola.  Ibrahimovic berhasrat mengubah haluan ke liga Sepanyol selepas berpuas hati dengan tahap yang dicapainya di Serie A Akhbar harian Sepanyol, Marca melaporkan Ibrahimovic bernilai £60 juta (RM338 juta), manakala akhbar Itali, Gazzeta dello Sport mendakwa Inter mahu mendapatkan penyerang Barca, Samuel Eto'o dan yuran perpindahan £30 juta (RM169 juta) dipulangkan bagi bintang mereka itu.
Ibrahimovic yang menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak Serie A sebelum ini membuat kenyataan bahawa dia sudah memiliki segalanya di Itali sekali gus membayangkan kesediaannya berpindah dalam usaha menghadapi cabaran baru.
"Saya tidak tahu apa lagi yang boleh saya lakukan di Itali. Apabila saya tiba di sini, ramai yang mengkritik saya dengan mengatakan saya pemain menakjubkan, tetapi saya tidak menjaringkan gol.
"Sekarang, saya sudah memenangi Capocannoniere (penjaring terbanyak) dan membuktikan kemampuan diri saya. Saya tidak dapat buat lebih baik daripada ini. Saya menang lima Scudetti (juara liga), Piala Super. Saya cuma terlepas Coppa Italia tetapi ia ok," kata Ibrahimovic.
Jika Ibrahimovic berpindah ke Sepanyol, ia akan menjadi berita perpindahan terbesar di Itali selepas Kaka dari AC Milan juga semakin hampir mengikat kontraknya bersama Real Madrid.
|
|
Last Updated ( Friday, 05 June 2009 )
|