| Gallas bantu Arsenal raih mata penuh |
|
| Monday, 29 December 2008 | |
|
Bekas ketua pasukan Arsenal William Gallas menjadi wira Arsenal menerusi jaringan minit akhir untuk memberikan kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth dalam meneruskan persaingan merebut takhta liga. Jaringan emas itu terhasil pada minit ke 82 setelah David James bertindak menyelamatkan sepakan percuma Denilson namun berjaya disambung oleh Gallas yang mudah menanduk masuk menembusi gawang Portsmouth. Arsenal berada jauh dari Liverpool, Manchester United dan Chelsea, sekiranya Wenger tidak melakukan sesuatu untuk perpindahan Januari nanti mereka hampir pasti kekal di jalan yang sama. Dengan ketiadaan Fabregas di bahagian tengah, Arsenal dilihat kehilangan perancangn utama dan pemain yang kretif. Wenger tidak menyembunyikan minatnya terhadap pemain tengah Liverpool yang kretif, Xabi Alonso untuk memilikinya pada perpindahan Januari nanti dengan nilai £17 juta. Namun kemenangan nipis Arsenal ini mengekalkan mereka 10 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dan masih melahirkan harapan untuk bersaing merebut kejuaraan liga. |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |

