Friday, 21 November 2008
Home arrow Berita arrow Fletcher bantu United tumbangkan Portsmouth
 
Fletcher bantu United tumbangkan Portsmouth E-mail
Tuesday, 26 August 2008

Darren Fletcher menjadi wira United sekali lagi dengan membantu kelabnya itu membawa pulang 3 mata dalam pertemuan Liga Perdana Barclays awal pagi hari ini. Jaringan pada minit ke 33 itu sudah cukup untuk juara bertahan memperolehi kemenangan pertama dalam saingan liga.

Hantaran lintang daripada Patrice Evra berjaya dimanfaatkan oleh Fletcher walaupun Sylvain Distin berusaha untuk meneyelamatkannya namun bola itu terus menerjah ke gawang gol. Alex Ferguson meyifatkan anak buahnya bermain dengan corak permainan yang cemerlang berikutan Fratton Park adalah tempat yang sukar bagi United yang hanya seri dan tewas dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Kami berusaha untuk menggunakan kaedah di mana pemain selesa dengan posisinya. Kami gunakan pemain pada jalan yang tepat.” kata Ferguson. Selain itu juga beliau memaklumkan United masih meneruskan usaha untuk mendapatkan bintang Tottenham Dimitar Berbatov dengan baki tempoh perpindahan hanya tinggal seminggu sahaja. “ Kami berminat untuk menambah dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.”

Last Updated ( Wednesday, 27 August 2008 )
 
< Prev   Next >