|
Kapten pasukan Arsenal, Cesc Fabregas menyuarakan perasaan bosan dan kecewanya terhadap kegagalan kelab tersebut dalam memenangi sebarang trofi sejak empat musim lalu, lapor akhbar The Sun, semalam. Malah akhbar itu turut melaporkan bahawa bintang muda Sepanyol itu tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya kepada pencapaian di Arsenal dengan membandingkan apa yang telah diraih Manchester United. "Kegagalan memperoleh sebarang kejuaraan di Arsenal adalah kemarahan yang paling besar," kata Fabregas kepada The Sun.  CESC FABREGAS Malah, pemain itu juga memperkatakan tentang perpindahan Cristiano Ronaldo dari United ke Real Madrid selepas memenangi pelbagai penghargaan tertinggi di situ. "Apabila kamu tidak menjuarai sebarang trofi, kamu berada dalam emosi yang teruk. Untuk tempoh empat tahun dari sekarang, kami perlu memenangi gelaran juara untuk mengembalikan semula keyakinan diri. "Cristiano (Ronaldo) menyatakan dia meninggalkan Manchester United kerana sudah tidak ada apa lagi untuk dimenangi. "Bagi diri saya pada masa ini, ia adalah perkara yang sangat berbeza kerana saya langsung tidak memenangi apa-apa kejuaraan sepanjang empat tahun lalu," kata Fabregas.
|