|
Wednesday, 24 December 2008 |
|
Arsenal bakal kehilangan ketua pasukannya Cesc Fabregas sehingga 4 bulan berikutan kecederaan yang dialami ketika seri menentang Liverpool Ahad lepas.
Arsene Wenger mengesahkan perkara tersebut dan tidak memilih untuk meyalahkan pemain tengah Liverpool Xabi Alonso dalam pelanggaran yang mengakibatkan kecederaan serius. Fabregas berkemungkinan besar akan kembali sehingga bulan terakhir Liga Inggeris yang akan menyaksikan pasukannya kehilangan perancang utama mereka itu. “Berita ini tidak bagus. Ia mengambil masa selama tiga atau empat bulan, kami kira empat. Beliau akan berusaha keras untuk kembali pulih segera tetapi saya kira empat,” kata Wenger. Wenger dikatakan berminat dengan Andrei Arshavin namun masih tidak mengesahkannya lagi. Arsenal kini di tangga kelima di belakang Man U dan Aston Villa namun akan berhadapan ujian genting Jumaat ini di Villa Park menentang Aston Villa.
|
|
Last Updated ( Monday, 29 December 2008 )
|