| Everton berjaya ikat United |
|
| Monday, 27 October 2008 | |
|
Everton menambah tekanan kepada Juara England, Manchester United setelah berjaya mengikat kemaraan kelab Red Devils itu. Jaringan Darren Fletcher pada minit ke 22 berjaya dipadamkan oleh Marouane Fellaini pada babak kedua bagi mencuri 2 mata daripada United. United menguasai sepenunya sepanjang separuh masa pertama dengan kembali menyenaraikan Rio Ferdinand dan Patrice Evra serta menurunkan Wes Brown dan Ji-Sung Park. Manakala Ryan Giggs turun dengan diberi tanggungjawab untuk mengetuai United. Bekas pemain United Louis Saha turut diturunkan bagi mengemudi jentera serangan bersama – sama Ayegbeni Yakubu sementara Joseph Yobo dan Phil Neville kembali daripada kecederaan. Tuan rumah membariskan Steven Pienaar dan Mikel Arteta bagi mencipta peluang untuk barisan serangan dan membiarkan Leon Osman dan Fellaini dibahagian tengah. Tim Howard merupakan wira kepada Everton setelah berjaya meyelamatkan banyak percubaan merbahaya daripada United sebelum Neville membuat hantaran cantik kepada Fellaini yang berjaya mengatasi Vidic bagi menghasilkan jaringan penyamaan. Keputusan seri 1-1 ini kembali meletakkan United di tangga keenam dengan 15 mata iaitu 8 mata dibelakang pendahulu liga, Liverpool. Sementara itu Everton masih gagal menemui rentak untuk musim ini setelah hanya berjaya mengumpul 9 mata daripada 9 perlawanan. |
|
| Last Updated ( Monday, 27 October 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Livescores |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |

