Thursday, 11 March 2010
Home arrow Berita arrow Chelsea ikat Turnbull empat tahun
 
Chelsea ikat Turnbull empat tahun E-mail
Friday, 03 July 2009

Chelsea menandatangani penjaga gol Middlesbrough, Ross Turnbull dengan bayaran perpindahan percuma sebagai pemain gantian kepada Petr Cech.

Turnbull, 29, yang melakukan 29 penampilan bersama skuad senior Boro dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu disahkan akan berada di Stamford Bridge selama empat tahun.

Boro mengumumkan bahawa Turnbull akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim 2008-09 ini apabila kontraknya tamat pada 30 Jun lalu.

ROSS TURNBULL
Turnbull mengikat kontrak selama empat tahun bersama Chelsea sebagai penjaga gol simpanan di kelab London itu

Bekas pemain remaja kebangsaan England itu menghabis banyak masa bersama Middlesbrough dengan turut membuat 67 penampilan di Darlington, Bradford City, Barnsley dan Crewe Alexandra.

Turnbull kini bakal bersaing sengit dengan penjaga gol Portugal, Hilario, 33, yang baru saja menandatangani kontrak selama dua tahun dengan the Blues untuk menjadi pilihan kedua selepas Cech.
Comments
Add New Search RSS
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Friday, 03 July 2009 )
 
< Prev   Next >
 

Check out these portals: