|
Tuesday, 30 December 2008 |
|
Manchester United terpaksa bekerja keras untuk menumbangkan Middlesbrough di Old Trafford setelah terlepas banyak peluang keemasan yang akhirnya berjaya disempurnakan oleh Dimitar Berbatov.
Jaringan tunggal itu dihasilkan pada minit ke 69 menerusi hantaran lintang Michael Carrick yang terkena David Wheater. Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Boro terutamanya penjaga golnya Ross Turnbull yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Reds Devils. United masih kekurangan 2 perlawanan musim ini dan kini mereka merupakan pasukan paling berbahaya untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Liverpool. Sir Alex Ferguson menyifatkan pasukannya melepaskan peluang keemasan di depan pintu gol dan ia merupakan suatu yang mengecewakan. “Kami melepaskan banyak peluang. Ini merupakan kejayaan kedua United dalam dua perlawanan yang hanya menang 1-0 bertemu pasukan yang lebih kerdil. 3 mata adalah penting dan saya ingin katakan Middlesbrough bermain dengan cukup baik pada malam ini,” kata Ferguson.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 31 December 2008 )
|