|
Berbatov harap bawa kejuaraan bersama United |
|
|
Wednesday, 03 September 2008 |
|
 Dimitar Berbatov berhasrat untuk mencipta kejuaraan bersama kelab barunya, Manchester United. Juara Inggeris itu memecahkan rekod pembelian pemain mereka dengan membawa masuk Berbatov dengan yuran perpindahan sebanyak £30.75.
‘Saya bukan bermain kerana wang. Semua orang tahu saya bermain untuk kegembiraan dan penyokong. Jika saya bermain untuk duit, mungkin saya akan menerima tawaran daripada Manchester City atau Chelsea. Tetapi jersi merah adalah sesuatu yang besar kepada saya. Saya ingin bermain di kelab terbesar di dunia. Sebab itu saya berada di sini.’ Kata Berbatov. Berbatov turut berharap dapat menamatkan karier bola sepaknya di Old Trafford dan ingin mempertingkatkan mutu permainannya. ‘Saya tahu saya boleh meningkat di sini, ia adalah perkara yang paling penting bagi saya. Trofi ialah perkara yang penting dalam bola sepak dan saya akan membantu pasukan memenanginya sebayak mungkin.’tambahnya. |
|
Last Updated ( Saturday, 06 September 2008 )
|