| Agger sambung kontrak lima tahun dengan Liverpool |
|
| Wednesday, 10 June 2009 | |
|
Daniel Agger mendedahkan bahawa dia tidak pernah dijanjikan tempat dalam kesebelasan utama oleh pengurus Liverpool, Rafael Benitez apabila dia bersetuju untuk menandatangani kontrak baru. Pertahanan Belanda yang terlibat dengan perjanjian baru bersama Liverpool itu dilaporkan menuntut bayaran tinggi dan jaminan dalam kesebelasan utama The Reds. ![]() Agger yakin mampu mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liverpool Namun Agger bersetuju menandatangani kontrak selama lima tahun walaupun minggu lalu dia mengesahkan belum lagi menurunkan sebarang tanda tangan. "Dalam bola sepak anda tidak boleh mendapat janji daripada pengurus mengenai bilakah masanya anda dapat bermain, dan pastinya tidak di Liverpool kerana kami mempunyai ramai pemain berbakat yang saling bersaing merebut tempat . "Saya yakin saya cukup bagus untuk bermain dengan kerap dalam pasukan ini dan itu adalah apa yang saya mahukan," kata Agger. Pemain berusia 24 tahun itu percaya dengan kualiti pemain yang dimiliki Liverpool, pasukan itu mampu mencabar dalam banyak kejuaraan dan trofi dalam beberapa tahun akan datang. "Saya rasa saya berpeluang bermain dalam pasukan ini, walaupun saya tidak bercadang untuk kekal di sini. "Ia adalah penting. Jika anda mempunyai hidup yang gembira, santai dan selesa di luar karier, anda pasti akan bermain dengan lebih baik," katanya lagi. Bagaimanapun, Benitez ketika ini sedang mengintai pertahanan Portsmouth, Sylvain Distin bagi menguatkan lagi benteng Liverpool. |
|
| Last Updated ( Wednesday, 10 June 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |






