
Pada pendapat saya, secara keseluruhannya prestisi bola sepak di malaysia tidaklah merosot sangat sebagaimana yang diperkatakan secara meluas, Cuma peningkatan prestasi itu lembap. Peningkatan itu memang ada cuma tak salah kalau kita ibaratkan sebagai terlalu lembap.
Mungkain ramai yang tidak sedar akan situasi ini. Ramai yang memberi pandangan secara kasar bukan terperinci. Memang tidak dinafikan kualiti bola sepak malaysia sekarang tidak setaraf dengan kualiti bola sepak negara-negara yang dulu menjadi belasahan kita, tetapi pada pendapat saya itu bukan disebabkan oleh kualiti bola sepak yang merosot. Pada pendapat saya situasi ini disebabkan oleh usaha membangun dan mentadbir serta usaha peningkatan kemahiran pemain yang lembap. Mengapa saya katakan demikian?
Cuba kita lihat dan fikirkan cara, kualiti dan prestasi pemain kita dulu dan sekarang bermain. Secara terperinci, dari segi kemahiran, pemain kita sekarang memang maju dari pemain dulu. Pelbagai bentuk kemahiran mampu mereka tonjolkan sekarang berbanding dahulu. Kemahiran yang dimiliki pemain kita dahulu sudah mampu dimiliki malah sudah diperhalusi dengan cantik oleh pemain kita sekarang. Jadi ini membuktikan bola sepak kita tidaklah merosot malah ada perkembangan. Tetapi persoalannya disini, kemahiran kita semakin maju, tidaklah merosot tetapi kenapa kita tidak nampak hasilnya? Berbanding dengan pemain kita dulu yang boleh dikatakan hanya ada kemahiran yang biasa ditambah dengan sedikit kemahiran yang istimewa tetapi mampu menggerunkan malah mampu membuat pihak lawan menggigit jari. Kalau pemain-pemain kita dahulu masih ada, masih aktif bermain dan masih mempunyai tenaga dan kemahiran seperti dahulu, cuba kita bayangkan kalau kita kumpulkan mereka dan kita atur perlawanan merebut "Piala Tidak SeZaman". Kita lihat siapa yang mendapat lebih perhatian dari peminat dan siapa yang akan menjulang piala tersebut

. Memang perlawanan ini pasti mendapat perhatian yang menakjubkan dari seluruh pelusuk tanah air negara kita malaysia. Dan dari sinilah kita akan dapat menilai dan mentafsir segala jawapan persoalan yang menghantui fikiran kita sekarang mengenai bola sepak negara kita.
Seandainya pemain kita dulu menang dalam perlawanan ini, memang terbuktilah perkembangan bola sepak kita merosot teruk. Walaupun saya peminat setia pemain-pemain malaysia dahulu, tetapi kalau diperhatikan perkembangan semasa bola sepak tanah air kita, maka tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa pemain malaysia kini MUNGKIN mampuh mengalahkan pemain lama kita. Ini kerana pemain kita sekarang lebih baik kemahirannya dari pemain dahulu, peraturan-peraturan lama tidak terpakai lagi sekarang dan sistem bermain cara berpasukan sekarang lebih teratur dan menonjol dari sistem bermain dahulu. Itulah serba sedikit pointnya kenapa pemain kita sekarang mungkin akan memenangi perlawanan ini.
Sebenarnya, walaupun impian dan harapan yang sebegini memang mustahil dapat dilaksanakan tetapi dari situasi ini sahaja pun sudah memadai untuk kita menjawab persoalan kenapa bola sepak kita tidak memberangsangkan walaupun tidak merosot.
Jadi saya rumuskan disini bahawa pihak FAM perlu mengatur strategi drastik bagi membangunkan bola sepak tanah air. Cuba lihat bagaimana negara-negara yang menjadi gergasi bola sepak sekarang mengatur rancangan perkembangan bola sepak mereka secara berkesan. Dan kepada pihak FAM, sekali lagi saya menegaskan, saya berpendapat bahawa prestasi bola sepak tanah air kita tidaklah merosot sangat cuma pengurusannya lembab. Tahap permainan pemain kita sekarang memang maju dari tahap permainan pemain dulu cuma kemajuannya sedikit sahaja sedangkan pemain-peman negara lain telah banyak berubah. Itulah salah satu bukti kelembapan tersebut. Kemudian dari segi yang paling ketara ialah mengenai semangat. Semangat pemain kita dahulu lebih tinggi dari pemain sekarang. Kalau dulu, pemain-pemain kita tidak pernah gentar bertemu dengan siapa sahaja pemain negara lain untuk bermain tapi sekarang lain semangatnya. Mungkin itulah yang mempengaruhi mengapa peningkatan bola sepak kita itu tidak menonjol.
Kalau dulu, pemain kita bermain 100% semangat dan tenaga demi untuk negara tetapi pemain kita sekarang mungkin semangat itu ada tetapi tenaga mungkin tidak kemana. Situasi inilah yang perlu dikaji semula oleh pihak FAM demi untuk memulihkan semula kepercayaan semua peminat bola sepak tanah air.
Sama-sama kita fikirkan dan usahakan bagaimana cara dan apa yang kita sudah buat untuk menyokong pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak FAM. Itu cuma pendapat saya

...