LONDON - Teka-teki mengenai masa depan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo di Old Trafford hampir sampai ke kemuncaknya.
Semalam, United bersetuju menerima tawaran bernilai £80 juta (RM490 juta) daripada Real Madrid untuk melepaskan bintang antarabangsa Portugal itu ke Sepanyol.
Menurut kenyataan kelab Red Devils, mereka telah bersetuju dengan tawaran berupa rekod dunia itu daripada Real selepas Ronaldo sendiri menyatakan pendiriannya untuk meninggalkan Old Trafford.
"Manchester United dengan ini bersetuju menerima tawaran yang merupakan rekod perpindahan dunia bernilai £80 juta (RM490 juta) untuk melepaskan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid," jelas kenyataan rasmi kelab England itu semalam.
Camne ngn FAN Man utd?? boleh tak nak fight the reds utk season 09/10 tanpa ronaldo??
