|
Zaquan mahu tebus kekecewaan |
|
|
Wednesday, 13 January 2010 |
|
Penyerang Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak mahu tebus kekecewaan setelah kecundang di tangan Selangor sebelum ini dan bertekad untuk menebusnya ketika perlawanan menetang Johor FC malam ini. Beliau ternyata kecewa kerana gagal menafikan Selangor daripada memenangi Piala Sultan Ahmad Shah dan berharap ianya dapat terubat dengan kejayaan menewaskan Johor FC. "Memang saya akui persembahan pada Sabtu lalu kurang memuaskan apabila banyak peluang gagal disempurnakan, namun bagi pertemuan dengan Johor FC malam esok, saya berjanji untuk memberikan aksi lebih baik bagi membantu Negeri Sembilan mencapai kemenangan,” tegasnya.
Zaquan turut berharap dapat membentuk satu gandingan yang mantap bersama Norizam Salaman bagi memastikan barisan serangan dapat ditingkatkan. –Bolasepak.com
|
|
Last Updated ( Tuesday, 19 January 2010 )
|