Tuesday, 09 February 2010
Home arrow Bolasepak Malaysia arrow UPB-MyTeam tarik diri Piala Malaysia
 
UPB-MyTeam tarik diri Piala Malaysia E-mail
Thursday, 25 June 2009

Image

UPB-MyTeam mengesahkan untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia musim ini kerana menghadapi masalah kewangan.

Pengerusi Urus Setia Pertandingan Tempatan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh berkata, FAM sudah menerima surat rasmi permohonan tarik diri daripada pengurusan UPB-MyTeam baru-baru ini yang memberi alasan menghadapi masalah kewangan.

UPB-MyTeam adalah kelab gabungan antara Kelab Bola sepak UPB Perak dan MyTeam yang ditubuhkan selepas kejayaan program televisyen realiti 'MyTeam'. Ia kini menduduki tangga ke-11 daripada 14 pasukan dalam Liga Super dan mempunyai enam baki perlawanan sebelum Liga Super musim ini berakhir.

"Kita mengambil keputusan untuk memanggil pengurusan UPB-MyTeam untuk membincangkan perkara ini kerana penarikan diri ini akan mendatangkan banyak implikasi sama ada kepada perjalanan Piala Malaysia, pasukan, pegawai, dan pemain," katanya.

Saingan Piala Malaysia pula akan bermula pada 25 September 2009.

Selain UPB-MyTeam, FAM juga menerima maklumat tidak rasmi bahawa beberapa pasukan yang bertanding dalam tiga Liga Malaysia - Liga Super, Premier dan Presiden - bakal mengikut jejak langkah UPB-MyTeam.

"Ada pasukan yang bertanding sudah tidak mampu membayar gaji kepada pemain-pemainnya dalam Liga Super, Premier, dan Presiden. Buat masa ini, secara rasmi, pihak kami hanya menerima penarikan diri daripada UPB-MyTeam," katanya.

Mengenai mesyuarat yang membincangkan titah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, supaya dikaji balik format pertandingan Liga Malaysia dengan melakukan perubahan drastik, Che Mat berkata, faktor kewangan yang kukuh dalam sesebuah pasukan yang bertanding adalah faktor terpenting menyumbang kepada format pertandingan yang baik.

Sebelum ini, FAM mencuba pelbagai format pertandingan tetapi faktor kestabilan sumber kewangan sesebuah pasukan adalah elemen terpenting untuk memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar tanpa masalah, katanya.

Che Mat berkata, setiap pasukan memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM2.5 juta untuk satu musim.

"Ini adalah perbelanjaan paling minimum. Ia meliputi perbelanjaan kos pengangkutan, penginapan, gaji, elaun, dan lain-lain lagi untuk sesebuah pasukan.

"Jika, sesebuah pasukan tidak memiliki dana sebanyak itu setiap musim, bagaimana pasukan-pasukan ini hendak bertanding dengan baik. Keadaan ini ditambah dengan kepayahan mendapat tajaan sektor swasta," katanya.

Beliau juga berkata, langkah melarang pemain asing mewakili pasukan dalam Liga Malaysia musim ini memberi kesan positif kepada pasukan khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan mereka.
Comments
Add New Search RSS
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Sunday, 28 June 2009 )
 
< Prev   Next >
 

Perbincangan Terkini

Re:Takde Team, Referee Pun Jadi
Kenshin 08-02-10 19:02
Re:wajarkh fabio capello lucutkn jawatan kapten england dr john terry
alimkaka 08-02-10 10:28
Re:mampukah arsenal jadi juara epl musim ni?
Filippo 08-02-10 09:58
Re:Liverpool bangkit ! Atau sementara aje?
Filippo 08-02-10 08:37
Re:Ucapan Untuk Team Liverpool
Rushian 08-02-10 07:42
Re:who will win EPL 09/10
Rushian 08-02-10 07:32
Re:Pasukan Yang Akan Memberi Saingan Liga Malaysia
Kenshin 08-02-10 03:37
Re:Liverpool - Sorotan Dan Report
footballive 07-02-10 23:57
Re:Fulham Fans Club Here!!!
footballive 07-02-10 23:55
Re:Player Yang Perlu Dibawa Masuk Pada Musim Transfer Nie
footballive 03-02-10 01:13
Re:Chelsea....Berat Seket
Filippo 29-01-10 08:41
Re:Malaysia boleh jadi gergasi Asean
Kenshin 27-01-10 22:14
Re:taon nie MU mst juara g...walaupon C.Ronaldo xdak MU msh mmpu juara...buk...
footballive 26-01-10 23:41
Mampukah Chelsea mengekalkan aksi cemerlang?
Lampard_kuantan 18-01-10 04:48
Re:MU juara
footballive 12-01-10 19:31
aaa
aneifz 12-01-10 10:43
Re:Pengganti Arsene Wenger....
Filippo 01-01-10 06:06
Re:bbtov dan ferdinand uat aku kecewa
randy97 30-12-09 08:12
Re:ManU vs Aston Villa
Rushian 28-12-09 22:16
Re:Perbincangan Khusus BPL
Filippo 28-12-09 03:28
Re:go go gunners
footballive 28-12-09 02:26
bet-mgm online sportsbook NEW
CANDY 23-12-09 11:06
Re:Blue Is the Colour
Rushian 22-12-09 02:17
Re:Luis Suarez ke Chelsea?
footballive 22-12-09 00:24
Re:Liverpool, Man.u tunduk kepada Da Bluez, Ble Arsenal plak??
footballive 22-12-09 00:21
Re:Malaysia 2 Thailand 1!!!
keong 18-12-09 07:44
Re:Bola sepak malaysia semakin merosot
keong 16-12-09 17:48
arsenal no 1.....
cokeyumz89 16-12-09 08:37
Re:YFA Bintang Muda (Youth Football Academy)
Lanunputih 15-12-09 23:38
Re:SOUTH AFRICA 2010
hamann 14-12-09 03:14
Re:malaysia 11 -0 timor leste
Rushian 11-12-09 07:18
Re:Maner org nie!! online lah wei!!
joaquin 08-12-09 02:44
Re:Analisis Perlawanan Dan Full Report
joaquin 08-12-09 02:19
Re:Chelsea, Arsenal kalah
Filippo 04-12-09 07:43
Re:aluiya
Filippo 03-12-09 01:23

Bola Sepak Newsletter

Berita Bola Sepak Percuma!


Langgan:
Hentikan:
Anda boleh hentikan bila-bila masa.

Member Login






Lost Password?
Register For Free now

Check out these portals: