|
Tuesday, 08 December 2009 |
|
K Rajagobal terpaksa memikirkan strategi yang terbaik dalam usaha memulihkan semula semangat skuad kebangsaan untuk mencatatkan kemenangan dalam baki dua perlawanan. "Ketika ini, saya amat perlukan semua pemain terbaik yang ada kerana kami tiada pilihan lain kecuali menang kedua-dua perlawanan. Keputusan lain akan menyebabkan kami terpaksa melupakan matlamat untuk ke separuh akhir.
"Namun pada masa sama, saya tidak mahu pemain yang tidak berdisiplin. Saya berang dan kecewa dengan apa yang berlaku selepas tamat perlawanan dengan Vietnam dan sudah tegaskan kepada pemain bahawa insiden sebegitu tidak boleh berulang. Malaysia terpaksa melupakan khidmat Zaquan Adha Abdul Radzak yang digantung satu perlawanan iaitu pertemuan dengan Kemboja petang ini. –Bolasepak.com
|
|
Last Updated ( Tuesday, 15 December 2009 )
|