Monday, 22 March 2010
Home arrow Bolasepak Malaysia
 
Bolasepak Malaysia
LIGA PERDANA: KEPUTUSAN TERKINI [29/06/09] E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Tuesday, 30 June 2009

Image

KEPUTUSAN TERKINI

Shahzan Muda (0) Harimau Muda (1)
Har: Mohd Aminuddin Shaharudin (1)

T-Team (7) Sarawak (0)
Tte: Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (47, 63, 87); Hairuddin Omar (72, 75); Mohd Kamal Rodiarjat Mohd Ali (85); Azrul Hazran Amiruddin (60)

PKNS Selangor (1) Johor (1)

Melaka (0) Kuala Lumpur (3)

Felda United (3) Sabah (2)

ATM (0) Proton FC (0)

KEDUDUKAN TERKINI LIGA PERDANA 29/06/09

Last Updated ( Tuesday, 30 June 2009 )
 
LIGA SUPER: KEPUTUSAN TERKINI [27/06/09] E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Sunday, 28 June 2009

Image 

KEPUTUSAN TERKINI

Perlis (0) Selangor (0)

KL Plus (0) Kedah (0)

Johor FC (3) Negeri Sembilan (0)

UPB-MyTeam (2) Pulau Pinang (1)   

KM Naza (4) Pahang (1)

PDRM (1) Terengganu (4)


Kelantan (4) Perak (0)
Kel: Indra Putra Mahayuddin (34, 52, 74); Mohd Nor Farhan Muhammad (68)

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 27/06/09

Last Updated ( Sunday, 28 June 2009 )
 
LIGA PERDANA: KEPUTUSAN TERKINI [26/06/09] E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Saturday, 27 June 2009

Image

KEDUDUKAN TERKINI

Johor (0) T-Team (1)
Tte: Azrul Hazran Amiluddin (44)

Sabah (1) Shahzan Muda (0)
Sab: Leoford Alfonso Othong (80)

Sarawak (2) Melaka (2)

SDM Kepala Batas (0) Proton FC (7)

Kuala Lumpur (0) Felda United (0)

PKNS Selangor (1) ATM (1)

KEDUDUKAN TERKINI LIGA PERDANA 26/06/09

Last Updated ( Sunday, 28 June 2009 )
 
UPB-MyTeam tarik diri Piala Malaysia E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Thursday, 25 June 2009

Image

UPB-MyTeam mengesahkan untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia musim ini kerana menghadapi masalah kewangan.

Pengerusi Urus Setia Pertandingan Tempatan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh berkata, FAM sudah menerima surat rasmi permohonan tarik diri daripada pengurusan UPB-MyTeam baru-baru ini yang memberi alasan menghadapi masalah kewangan.

UPB-MyTeam adalah kelab gabungan antara Kelab Bola sepak UPB Perak dan MyTeam yang ditubuhkan selepas kejayaan program televisyen realiti 'MyTeam'. Ia kini menduduki tangga ke-11 daripada 14 pasukan dalam Liga Super dan mempunyai enam baki perlawanan sebelum Liga Super musim ini berakhir.

"Kita mengambil keputusan untuk memanggil pengurusan UPB-MyTeam untuk membincangkan perkara ini kerana penarikan diri ini akan mendatangkan banyak implikasi sama ada kepada perjalanan Piala Malaysia, pasukan, pegawai, dan pemain," katanya.

Saingan Piala Malaysia pula akan bermula pada 25 September 2009.

Selain UPB-MyTeam, FAM juga menerima maklumat tidak rasmi bahawa beberapa pasukan yang bertanding dalam tiga Liga Malaysia - Liga Super, Premier dan Presiden - bakal mengikut jejak langkah UPB-MyTeam.

"Ada pasukan yang bertanding sudah tidak mampu membayar gaji kepada pemain-pemainnya dalam Liga Super, Premier, dan Presiden. Buat masa ini, secara rasmi, pihak kami hanya menerima penarikan diri daripada UPB-MyTeam," katanya.

Mengenai mesyuarat yang membincangkan titah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, supaya dikaji balik format pertandingan Liga Malaysia dengan melakukan perubahan drastik, Che Mat berkata, faktor kewangan yang kukuh dalam sesebuah pasukan yang bertanding adalah faktor terpenting menyumbang kepada format pertandingan yang baik.

Sebelum ini, FAM mencuba pelbagai format pertandingan tetapi faktor kestabilan sumber kewangan sesebuah pasukan adalah elemen terpenting untuk memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar tanpa masalah, katanya.

Che Mat berkata, setiap pasukan memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM2.5 juta untuk satu musim.

"Ini adalah perbelanjaan paling minimum. Ia meliputi perbelanjaan kos pengangkutan, penginapan, gaji, elaun, dan lain-lain lagi untuk sesebuah pasukan.

"Jika, sesebuah pasukan tidak memiliki dana sebanyak itu setiap musim, bagaimana pasukan-pasukan ini hendak bertanding dengan baik. Keadaan ini ditambah dengan kepayahan mendapat tajaan sektor swasta," katanya.

Beliau juga berkata, langkah melarang pemain asing mewakili pasukan dalam Liga Malaysia musim ini memberi kesan positif kepada pasukan khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan mereka.
Last Updated ( Sunday, 28 June 2009 )
 
Binh Duong 'laukkan' Kedah di Vietnam E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Wednesday, 24 June 2009

BINH DUONG (8) KEDAH (2)
BIN: Helio da Silva (17); Vu Phong (19); Nguyen Duc Thien (35); Huyhn Kesley Alves (39, 69, 78, 82); Anh Duc (89)
KED: Shahrul Nizam Mustapa (68); Mohd Azrul Ahmad (90-p)

Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah terpaksa akur kepada kehebatan gandingan pemain import dan tempatan Juara Liga Vietnam (V-League) 2008, Becamex Binh Duong apabila dibelasah teruk 8-2 dalam pusingan kalah mati Piala AFC di Stadium Binh Duong, Thu Dau Mot, Vietnam malam tadi.

Perlawanan semalam jelas menunjukkan perbezaan ketara kualiti permainan yang ditampilkan juara 'double treble' Liga Malaysia itu yang turun tanpa bantuan pemain import dalam mengekang asakan demi asakan pasukan tuan rumah.

Image
Ribuan penyokong Binh Duong memenuhi ruang stadium sejak petang lagi sebelum aksi sebenar bermula pada malam semalam

Penyerang import Binh Duong dari Brazil, Huyhn Kesley Alves meledakkan empat gol buat pasukannya dalam masa 40 minit perlawanan berlangsung dengan barisan pertahanan Kedah dipaksa bekerja keras mematahkan kepelbagai serangan skuad kendalian Mai Duc Chung itu.

Justeru Azraai menegaskan bahawa dia langsung tidak terkejut dengan kekalahan Hijau Kuning memandangkan anak buahnya jelas tidak dapat bersaing tanpa sokongan pemain import di samping berhadapan tekanan hebat di gelanggang lawan.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa pemain import menunjukkan perbezaan besar dalam perlawanan tadi.

Image
Penyerang Kedah, Mohd Khyril Mhymeen (kanan) dikawal ketat pemain pertahanan Binh Duong

"Binh Duong adalah pasukan yang kuat dan mereka mempunyai ramai pemain kebangsaan dalam pasukan. Paling penting ialah mereka mempunyai pemain luar yang bagus seperi Philani dan Kesley yang cukup berpengalaman dalam mematahkan sistem pertahanan kami," kata Azraai.

Azraai sebelum ini menyuarakan keyakinan bahawa anak buahnya mampu menewaskan Binh Duong ataupun sekurang-kurangnya seri dalam perlawanan semalam, tetapi ramalannya jelas meleset.

Namun beliau positif dengan keputusan yang diperoleh dan berharap barisan pemain mudanya dapat belajar sesuatu daripada kekalahan besar yang dihadapi dalam usaha meningkatkan mutu permainan mereka.

"Pemain muda saya terpaksa membayar harga yang mahal atas kekurangan pengalaman mereka.

Image
Penjaga gol Kenari, Mohd Helmi Eliza Elias kecewa kerana tidak dapat mengekang asakan hebat jentera serangan Binh Duong dalam aksi pusingan kedua Piala AFC semalam

"Mereka bersemangat tetapi kurang kemahiran yang diperlukan. Saya berharap ia akan memberi pengajaran besar kepada mereka mengenai bola sepak," tambahnya.

Sementara itu, Duc Chong sudah menjangkakan kemenangan di pihaknya berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan skuadnya dan bangga kerana mampu membimbing Binh Duong mara ke kelompok lapan terbaik dalam saingan Piala AFC musim ini buat kali pertama.

"Sejak pertama kali saya mengambil alih Binh Duong dua bulan lalu, ini adalah perlawanan pertama yang saya sangat berpuas hati dengan pemain saya.

Image
Pertahanan Kedah, Fazliata Taib (kiri) berusaha keras mengawal penyerang import Binh Duong dari Afrika Selatan, Philani

"Mereka bermain bola sepak pada tahap terbaik dan kebanyakan pemain menunjukkan motivasi masing-masing untuk melakukan yang terbaik dalam Piala AFC walaupun hakikatnya pasukan kami tidak begitu menyerlah dalam aksi domestik.

"Adalah sangat bagus dapat layak ke suku akhir buat kali pertama. Saya harap kami akan mengekalkan aksi ini dalam pusingan seterusnya di mana kemungkinan pasukan lawan akan datang lebih kuat," katanya.

- gambar ihsan Jeebsion.com

Last Updated ( Wednesday, 24 June 2009 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 73 - 81 of 176
 

Perbincangan Terkini

Re:Pengganti Arsene Wenger....
golaz 21-03-10 07:46
Re:Ucapan Untuk Team Liverpool
kedai 21-03-10 03:28
Re:Arsenal n Wangerr...
Filippo 20-03-10 10:50
Re:Sapa Minat Jadi usahawan Internet
Filippo 20-03-10 10:47
Re:Top goal scorers EPL 2010!!!!
mas888 18-03-10 23:53
Re:Conrat MU..Selangkah kaki ke quarters final..
footballive 18-03-10 19:59
Re:MU juara liga perdana
footballive 18-03-10 19:58
mari mari =P
mas888 13-03-10 02:33
mari mari =P
mas888 13-03-10 00:46
Re:chelsea will be lose....
Filippo 06-03-10 23:15
Re:Gila Seks
Kenshin 02-03-10 22:04
Re:chelsea vs inter milan
footballive 02-03-10 00:09
Re:manchester city fans club!!!
alimkaka 26-02-10 08:46
Re:Who the best stirker in the premier league???
Faysal 24-02-10 22:48
Re:Perbincangan Khusus BPL
Faysal 23-02-10 23:06
Re:Terbaik & Terburuk Musim Ini
Faysal 23-02-10 22:28
Re:Fulham Fans Club Here!!!
Filippo 21-02-10 23:51
Re:wajarkh fabio capello lucutkn jawatan drpd john terry
alimkaka 19-02-10 14:58
Re:Ape cerita Arsenal???
Filippo 18-02-10 04:18
Re:who will win EPL 09/10
Faysal 18-02-10 01:41
Re:Jadual Perlawanan Piala FA Cup 2010
Filippo 14-02-10 23:54
Re:Takde Team, Referee Pun Jadi
footballive 13-02-10 00:21
Re:mampukah arsenal jadi juara epl musim ni?
Filippo 08-02-10 09:58
Re:Liverpool bangkit ! Atau sementara aje?
Filippo 08-02-10 08:37
Re:Pasukan Yang Akan Memberi Saingan Liga Malaysia
Kenshin 08-02-10 03:37
Re:Liverpool - Sorotan Dan Report
footballive 07-02-10 23:57
Re:Player Yang Perlu Dibawa Masuk Pada Musim Transfer Nie
footballive 03-02-10 01:13
Re:Chelsea....Berat Seket
Filippo 29-01-10 08:41
Re:Malaysia boleh jadi gergasi Asean
Kenshin 27-01-10 22:14
Re:taon nie MU mst juara g...walaupon C.Ronaldo xdak MU msh mmpu juara...buk...
footballive 26-01-10 23:41
Mampukah Chelsea mengekalkan aksi cemerlang?
Lampard_kuantan 18-01-10 04:48
Re:MU juara
footballive 12-01-10 19:31
aaa
aneifz 12-01-10 10:43
Re:bbtov dan ferdinand uat aku kecewa
randy97 30-12-09 08:12
Re:ManU vs Aston Villa
Rushian 28-12-09 22:16

Bola Sepak Newsletter

Berita Bola Sepak Percuma!


Langgan:
Hentikan:
Anda boleh hentikan bila-bila masa.

Member Login






Lost Password?
Register For Free now

Check out these portals: