|
Harimau Muda tewas |
|
|
Berita Bola Sepak Malaysia
|
|
Saturday, 10 October 2009 |
|
Skuad bola sepak bawah 20 tahun (B-20) negara, Harimau Muda terpaksa akur terhadap China B-21 1-3 dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Jemputan B-21 Piala News- paper 2009 di Ho Chi Minh, Vietnam. Babak pertama wakil Malaysia ini mempunyai beberapa peluang daripada A. Thamil Arasu, Saarvindran, Gary Steven Robat dan K. Gurusamy namun mereka semua gagal melakukan penyudahan dengan baik. China berjaya menghasilkan jaringan menerusi kesilapan pertahanan Malaysia yang gagal membuang bola dengan baik dimana menuju ke arah penyerah China yang bijak menagmbil peluang menewaskan Khairul Izzuwan Shaari.
|
|
Last Updated ( Monday, 12 October 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
Piala Malaysia berpesta gol |
|
|
Berita Bola Sepak Malaysia
|
|
Wednesday, 07 October 2009 |
|
Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia dikejutkan dengan pesta gol daripada beberapa pasukan yang menang bergaya menewaskan lawan masing – masing. Terengganu membelasah Sarawak dengan 7-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sementara Perak berjaya merampas kedudukan teratas Kumpulan C setelah berjaya memalukan UPB MyTeam 6-1 di gelanggang sendiri.
|
|
Last Updated ( Thursday, 08 October 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
Harimau Muda naib juara |
|
|
Berita Bola Sepak Malaysia
|
|
Wednesday, 07 October 2009 |
|
Harimau Muda berjaya menamatkan Kejohanan Bola Sepak Jemputan Pra-Sukan SEA 2009 sebagai naib juara setelah mengutip lima mata bersama Laos namun perbezaan gol menyaksikan Laos menjadi juara. Pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Laos di Vientiane bertemu Laos berkesudahan dengan seri 1-1 namun skuad bimbingan Ong Kim Swee harus diberikan pujian sepanjang kejohanan berlangsung. Harimau Muda seri 2-2 menentang skuad B-19 Thailand dan menang bertemu skuad B-19 Vietnam 3-1.
|
|
Last Updated ( Thursday, 08 October 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
Johor FC perlu tundukkan Kuala Lumpur untuk ke suku akhir |
|
|
Berita Bola Sepak Malaysia
|
|
Tuesday, 06 October 2009 |
|
Johor FC perlu menundukkan Kuala Lumpur pada pertemuan Piala Malaysia saingan peringkat kumpulan malam ni bagi memastikan tiket ke suku akhir menjadi milik mereka. Sebelum ini, Johor FC dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di tangan Perak yang sekali gus menafikan peluang awal kelab itu untuk melangkah ke suku akhir. "Ketika tewas 0-2 kepada Perak, pemain kurang bernafsu untuk menyerang dan mereka bagaikan hilang punca dalam merencanakan serangan. Beberapa peluang di hadapan gawang lawan juga gagal disempurnakan dan kelemahan tersebut perlu dibaiki segera," kata jurulatih Johor FC, Ramlah Rashid.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 07 October 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
Penyokong Kedah kecewa dengan mutu bolasepak Kedah |
|
|
Berita Bola Sepak Malaysia
|
|
Monday, 05 October 2009 |
|
Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah melahirkan rasa kecewa terhadap kualiti bola sepak Kedah yang semakin merundum kebelakangan ini. Mereka bertindak menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mendesak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi menyelesaikan masalah yag dihadapi pasukan yang pernah menjuarai Piala Malaysia dua musim berturut – turut.
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 37 - 45 of 176 |