Monday, 22 March 2010
Home arrow Bolasepak Malaysia
 
Bolasepak Malaysia
LIGA PERDANA: KEPUTUSAN TERKINI [19/06/09] E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Saturday, 20 June 2009

Image

KEPUTUSAN TERKINI

Harimau Muda (4) SDM Kepala Batas (0)
Har: Mohd Muslim Ahmad (46); Ahmad Shakir Ali (49, 67, 82)

Sabah (0) Proton FC (1)
Pro: Mohd Khairul Akhyar Hussain (64)

Sarawak (4)Shahzan Muda (2)
Sar: Joseph Kalang Tie (30, 63); Zamri Morsihidi (36); Mohd Dzulazlan Ibrahim (42)
Sha: Abdul Rahman Abdul Kadir (17, 80)

T-Team (3) ATM (1)
Tte: Mohd Harris Safwan(13); Hairuddin Omar (48); Norhisham Hussain (51)
Atm: Johari Ahmad (90-p)

PKNS Selangor (0) Melaka (0)

Last Updated ( Sunday, 21 June 2009 )
 
LIGA SUPER: Selangor, Perlis bersaing sengit kuasai liga E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Wednesday, 17 June 2009

Selangor dan Perlis bersaing sengit untuk merebut takhta Liga Super musim ini apabila kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam perlawanan malam tadi.

Selangor gagah di puncak liga apabila menumpaskan Perak dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Perak, Ipoh melalui jaringan R Surendran pada minit ke-49 berpunca daripada hantaran silang C Premnath dari sebelah kanan kawasan Perak bagi mengumpul 43 mata setakat ini.

Image
Kapten Selangor,Amri Yahyah (kiri) jatuh dibentes pertahanan Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Perak,Ipoh malam tadi. Selangor menang tipis 1-0 - gambar ihsan Kosmo Online

Tuan rumah kemudian berusaha mencari gol penyamaan menerusi beberapa gerakan mengancam  menerusi penyerang muda, Muhammad Zafran Olibullah tetapi pertahanan pelawat yang diketuai Khairul Anuar Bahrom kental menangkis asakan lawan sehingga wisel penamat ditiupkan.

Image
Pemain muda Perak, Muhammad Zafran bersaing menanduk bola di hadapan gawang Selangor - gambar ihsan HMetro Online

Namun Selangor belum boleh mendabik dada kerana gergasi Lembah Klang itu diikuti rapat pencabar terdekat di tangga kedua, Perlis yang menumpaskan Pahang 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Singa Utara membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi Azi Shahril Azmi sebelum Mohd Nizaruddin Yusoff menambahkan dua gol lagi buat Perlis pada minit ke-52 dan 66.

Pasukan tuan rumah sekadar memperoleh gol sagu hati menerusi R Kartigesu pada minit ke-92 dengan memberikan tiga mata penuh buat Perlis, menjadikan jumlah keseluruhan 42 mata di belakang Selangor.

Sementara itu di Stadium Darul Aman, giliran Kedah memintas Negeri Sembilan di tempat ketiga apabila berjaya menebus kekalahan mereka kepada skuad Wan Jamak Wan Hassan pada awal saingan liga lalu dengan jaringan 3-1.

Skuad Rusa terlebih dulu menjaringkan gol pertama pada minit ke-36 menerusi serangan balas pantas hasil hantaran Mohd Shukor Adan kepada Mohd Zaquan Adha Abdul Razak yang menolak tenang bola dari luar kotak penalti selepas bijak memperdayakan penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias.

Kedah kemudian menggandakan usaha ke kubu lawan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 apabila pemain pertahanan tengah, Mohd Sabre Mat Abu menanduk bola lintang Mohd Fadly Baharom.

Image
Penyerang Kedah, Khyril Muhymeen (depan) cuba diasak pertahanan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi - gambar ihsan BHarian Online

Masuk babak kedua, Hijau Kuning yang lebih banyak mengawal rentak permainan memperoleh gol kedua pada minit ke-64 menerusi rembatan kencang pemain kebangsaan, Mohd Khyril Muhymeen dari kanan gol lawan sebelum tandukan penyerang gantian, Mohd Azrul Ahmad pada minit ke-87 meletakkan Kedah pada kedudukan selesa sehingga tamat perlawanan.

Kelantan yang beraksi buat kali pertama di Stadium Sultan Muhammed IV sejak digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada April lalu tampil garang dengan menumbangkan UPB-MyTeam 3-0.

Indraputra Mahayuddin meledakkan dua gol buat Kijang pada minit ke-13 dan 42 manakala kapten pasukan, Mohd Badri Radzi menjaringkan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-60.

Image
Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (dua dari kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV - gambar ihsan BHarian Online

Berbeza dengan jirannya Kelantan, Terengganu pula terpaksa berpindah ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah buat kali pertama musim ini dalam aksi menentang KL Plus berikutan insiden bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada awal bulan ini.

Bagaimanapun stadium lama skuad Pantai Timur itu gagal membawa tuah buat Terengganu apabila tumpas 0-2 kepada skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris.

Gol pertama KL Plus dijaringkan seawal minit kelima melalui Rusdi Samsuddin manakala Mohd Irwan Fadli Idrus memusnhakan harapan skuad Penyu dengan menambah gol kedua pada minit ke-69.

Di Stadium Batu Kawan, Johor FC memalukan Pulau Pinang apabila membelasah pasukan tuan rumah 5-0 hasil jaringan Sumardi Hajalan (18); Mohd Ezaidy Khadar (67), Muhd Safuan Ridwan (71); Mohd Nurul Azuwan Roya (76); Mohd Syaiful Sabtu (81).

Sementara itu, PDRM hampir pasti tersungkur ke Liga Perdana apabila mengalami kekalahan ke-15 kepada pasukan KM Naza dengan jaringan 0-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Last Updated ( Thursday, 18 June 2009 )
 
LIGA SUPER: KEPUTUSAN TERKINI [16/06/09] E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Tuesday, 16 June 2009

Image

KEPUTUSAN TERKINI

Kedah (3) Negeri Sembilan (1)
Ked: Mohd Sabree Mat Abu (45); Mohd Khyril Muhymeen(64); Mohd Azrul Ahmad (87)
Neg: Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (36);

Kelantan (3) UPB Myteam (0)
Kel: Indraputra Mahayuddin (13, 42); Mohd Badri Radzi (60)

Pahang (1) Perlis (3)
Pah: R Kartigesu (92)
Per: Azi Shahril Azmi (30); Mohd Nizaruddin Yusof (52, 66)

Perak (0) Selangor (1)
Sel: R Surendran (49)

Terengganu (0) KL Plus (2)
Kpl: Rusdi Samsuddin (5); Mohd Irwan Fadli Idrus (69)

Pulau Pinang (0) Johor FC (5)
Jfc: Sumardi Hajalan (18); Mohd Ezaidy Khadar (67), Muhd Safuan Ridwan (71); Mohd Nurul Azuwan Roya (76); Mohd Syaiful Sabtu (81)

PDRM (0) KM Naza (2)

Last Updated ( Wednesday, 17 June 2009 )
 
Skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan tumpaskan Bawah 23 Indonesia E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Saturday, 13 June 2009
Image

Skuad bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan menewaskan skuad bawah 23 tahun Indonesia 1-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Jaringan tunggal itu dijaringkan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-41 melalui rembatan kencang dalam kotak penalti dengan menewaskan penjaga gol lawan, Frenky Irawan.

Namun skuad bawah 23 tahun kebangsaan pimpinan K Rajagobal itu memperoleh beberapa peluang keemasan untuk menambah jaringan terutama melalui Mohd Shakir Md Ali yang mempunyai tiga peluang pada limit minit terakhir perlawanan namun gagal menewaskan Frenky.

Indonesia pula yang dibimbing jurulatih dari Uruguay, Cesar Payovich gagal menguasai permainan dengan peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-80 melalui rembatan luar kotak penalti oelh Lucky Wahyu Dwi Permana tetapi dinafikan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

Rajagobal yang ditemui selepas perlawanan berkata, kemenangan itu adalah sesuatu yang penting terutamanya untuk moral pemain tetapi mereka masih perlu berkerja dengan lebih keras.

"Sebagai jurulatih saya juga gembira dengan persembahan terutamanya pemain-pemain muda yang berjaya mengikuti rentak permainan walaupun ia bukanlah satu perkara yang senang," katanya.

Pada perlawanan itu, Rajagobal melakukan lapan pertukaran pemain dan sesetengah daripadanya merupakan penampilan pertama yang diturunkan di peringkat antarabangsa seperti G Mahathevan yang bermain untuk kelab Shahzan Muda.

"Saya memerlukan lebih banyak masa untuk menilai pemain-pemain baru kerana mereka ini merupakan tambahan kepada pemain-pemain sedia ada dalam pasukan seperti Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Zaquan Adha, Mohd Khyril Muhaymeen Zambri dan Amirulhadi Zainal.

"Apa yang saya perlukan sekarang adalah konsistensi daripada pemain-pemain ini yang pastinya akan membawa kebaikan kepada pasukan," katanya.

Beliau berkata, keputusan akhir senarai pemain-pemain yang akan ke Sukan SEA Laos pada Disember ini hanya akan diputuskan dua bulan sebelum temasya sukan itu bermula.

"Pada Selasa ini, Liga Malaysia akan kembali bersambung dan dari situ saya akan melihat perkembangan pemain-pemain ini sebelum menghadapi Manchester United ada 18 Julai," katanya.

Perlawanan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu bagaimanapun menyaksikan dua insiden pergaduhan kecil membabitkan pemain kedua-dua pasukan namun pengadil R Krishnan berjaya mengawal keadaan.

Last Updated ( Sunday, 14 June 2009 )
 
Nasihat Wenger buat bola sepak negara E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Wednesday, 10 June 2009

Meskipun prestasi bola sepak negara menduka citakan, tetapi masih ada bakat muda yang boleh diharapkan bagi memulihkan maruah bola sepak tempatan.

Ia berdasarkan pujian pengurus Arsenal, Arsene Wenger terhadap tahap kepantasan dan kecergasan beberapa pemain skuad Harimau Muda yang disifatkannya menyamai pemain berkelas dunia.

Beliau mengesan kemampuan pemain muda negara ketika Sesi Kejurulatihan Bola Sepak Castrol Asia bersama skuad bawah 19 menerusi program Cabaran Castrol yang melibatkan kaedah ujian profesional terhadap tahap kelajuan, kelincahan dan kepantasan pemain di Dataran Merdeka semalam.

Image
Wenger (kiri) dibantu oleh Kim Swee ketika mengendalikan klinik latihan untuk skuad Harimau Muda di Dataran Merdeka semalam - Kosmo Online

Menurut Wenger yang mendapat jolokan The Professor, sepanjang ujian tersebut beliau mengesan dua pemain mencapai tahap luar biasa dari segi kepantasan.

"Dalam ujian pecut 20 meter, ada dua pemain yang mencatat kepantasan 2.67 hingga 2.71 saat.

"Kepantasan tersebut adalah luar biasa. Ini merupakan petanda baik kerana mereka merupakan pemain pelapis. Tempoh empat tahun lagi akan menjadi penentu apakah mereka mampu untuk menyertai skuad senior kebangsaan.

"Untuk memastikan pemain muda ini dapat mengekalkan tahap kecergasan dan kepantasan sehingga ke peringkat senior, mereka perlukan mental yang kuat.

"Kuat dari segi fizikal dan teknikal, juga personaliti kerana ia akan terbentuk bersama-sama dengan kualiti," katanya.

Wenger turut berkata, kelemahan bola sepak di kalangan pemain Asia ialah kurangnya penekanan ketika peringkat usia muda.

"Asia masih kurang dari segi pembentukan pemain seawal usia muda dalam sukan ini yang sepatutnya bermula pada usia lima hingga 12 tahun," katanya.

Beliau turut memberi pendapat bahawa untuk melahirkan pemain yang 'pintar', ia perlu dibentuk sejak usia muda menerusi perlawanan kompetitif.

Jelasnya, pembentukan pemain yang tangkas juga perlu diberi keutamaan kerana ia merupakan asas kepada bola sepak moden.

"Untuk berjaya, seseorang pemain perlu berkembang mengikut peringkat umur.

"Pada usia 17 atau 18 tahun, pemain remaja perlu mendapat pendedahan perlawanan yang secukupnya.

"Pada usia 21 dan 22 tahun, mereka sudah mencecah peringkat pra matang dan secara konsisten dapat beraksi di peringkat kompetitif.

"Pada usia 23 tahun, pemain sepatutnya sudah mampu meletakan nama sebagai pemain utama skuad senior dan usia 23 hingga 29 tahun adalah tempoh terbaik dalam karier kerana mereka telah memiliki keupayaan dan kematangan," katanya.

Last Updated ( Wednesday, 10 June 2009 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 82 - 90 of 176
 

Perbincangan Terkini

Re:Pengganti Arsene Wenger....
golaz 21-03-10 07:46
Re:Ucapan Untuk Team Liverpool
kedai 21-03-10 03:28
Re:Arsenal n Wangerr...
Filippo 20-03-10 10:50
Re:Sapa Minat Jadi usahawan Internet
Filippo 20-03-10 10:47
Re:Top goal scorers EPL 2010!!!!
mas888 18-03-10 23:53
Re:Conrat MU..Selangkah kaki ke quarters final..
footballive 18-03-10 19:59
Re:MU juara liga perdana
footballive 18-03-10 19:58
mari mari =P
mas888 13-03-10 02:33
mari mari =P
mas888 13-03-10 00:46
Re:chelsea will be lose....
Filippo 06-03-10 23:15
Re:Gila Seks
Kenshin 02-03-10 22:04
Re:chelsea vs inter milan
footballive 02-03-10 00:09
Re:manchester city fans club!!!
alimkaka 26-02-10 08:46
Re:Who the best stirker in the premier league???
Faysal 24-02-10 22:48
Re:Perbincangan Khusus BPL
Faysal 23-02-10 23:06
Re:Terbaik & Terburuk Musim Ini
Faysal 23-02-10 22:28
Re:Fulham Fans Club Here!!!
Filippo 21-02-10 23:51
Re:wajarkh fabio capello lucutkn jawatan drpd john terry
alimkaka 19-02-10 14:58
Re:Ape cerita Arsenal???
Filippo 18-02-10 04:18
Re:who will win EPL 09/10
Faysal 18-02-10 01:41
Re:Jadual Perlawanan Piala FA Cup 2010
Filippo 14-02-10 23:54
Re:Takde Team, Referee Pun Jadi
footballive 13-02-10 00:21
Re:mampukah arsenal jadi juara epl musim ni?
Filippo 08-02-10 09:58
Re:Liverpool bangkit ! Atau sementara aje?
Filippo 08-02-10 08:37
Re:Pasukan Yang Akan Memberi Saingan Liga Malaysia
Kenshin 08-02-10 03:37
Re:Liverpool - Sorotan Dan Report
footballive 07-02-10 23:57
Re:Player Yang Perlu Dibawa Masuk Pada Musim Transfer Nie
footballive 03-02-10 01:13
Re:Chelsea....Berat Seket
Filippo 29-01-10 08:41
Re:Malaysia boleh jadi gergasi Asean
Kenshin 27-01-10 22:14
Re:taon nie MU mst juara g...walaupon C.Ronaldo xdak MU msh mmpu juara...buk...
footballive 26-01-10 23:41
Mampukah Chelsea mengekalkan aksi cemerlang?
Lampard_kuantan 18-01-10 04:48
Re:MU juara
footballive 12-01-10 19:31
aaa
aneifz 12-01-10 10:43
Re:bbtov dan ferdinand uat aku kecewa
randy97 30-12-09 08:12
Re:ManU vs Aston Villa
Rushian 28-12-09 22:16

Bola Sepak Newsletter

Berita Bola Sepak Percuma!


Langgan:
Hentikan:
Anda boleh hentikan bila-bila masa.

Member Login






Lost Password?
Register For Free now

Check out these portals: