|
PIALA FA: Kelantan, Selangor lebar sayap ke suku akhir |
|
|
Sunday, 08 March 2009 |
Gergasi baru Liga Super Malaysia musim 2009, Kelantan dan Selangor melangkah gagah ke saingan separuh akhir Piala FA dengan diiringi Perlis dan Negeri Sembilan, malam tadi.
Stadium Sultan Mohammad ke-IV,
Kelantan melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan UPB MyTeam 3-1 dengan agregat keseluruhan 4-2.
UPB Myteam memulakan jaringan menerusi Nor Shahrul Idlan Taha pada minit ke-9 hasil umpanan Bunyamin Omar dari sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Kelantan kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-25 apabila pemain sayap, Zambri Ramli, melepaskan sepakan kencang dari jarak 20 meter untuk menewaskan penjaga gol MyTeam, Syed Adney Syed Hussain.
Bermula babak kedua didik Peter Butler menambah dua lagi jaringan menerusi Nor Farhan Mohamed pada minit ke-53 dan Badri Radzi pada minit ke-58.
Stadium Shah Alam,
Jaringan C Premnath pada minit ke-79 dan Rudie Ramli pada minit ke-90 mengesahkan kemenangan Selangor 2-0 mengatasi Perak sekaligus layak ke saingan empat terakhir dengan agregat 4-1.
Stadium Utama Kangar,
Perlis mara ke separuh akhir walaupun seri tanpa jaringan dengan skuad Harimau Muda berikutan kemenangan 1-0 dalam perlawanan pertama Selasa lalu
Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Negeri Sembilan turut gagal menambah jaringan ke atas T-Team, namun masih mampu tersenyum dengan kelebihan satu gol yang diperoleh dalam perlawanan sebelumnya.
|
|
Last Updated ( Monday, 09 March 2009 )
|