|
Thursday, 31 December 2009 |
|
Skuad bolasepak kebangsaan terus mengekalakn rentak bergaya dengan mencatat kejayaan menumpaskan Syria 4-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Zaquan Adha Radzak berjaya merobek gawang pasukan pelawat seawal minit ke 15 namun bola hantaran Norshahrul itu dibatalkan kerana telah melepasi kawasan permainan. Akhirnya jaringan pembukaan Malaysia hadir pada minit ke 31 menerusi Safiq yang mudah menyempurnakan sepakan penalti.
Babak kedua menyaksikan Aidil Zafuan Radzak dan Mazlizam Mohamad dimasukkan bagi menggantikan Muslim Ahmad dan Nasriq Baharom. Pada minit ke 63, Safiq sekali lagi berjaya menyempurnakan sepakan penalti setelah Norshahrul dikasari sekali lagi. Lima minit kemudian, Syria berjaya merapatkan jurang kedudukan juga menerusi sepakan penalti kontrovesi namun Zaquan tangkas menjarakkan lagi kedudukan menjadi 3-1 pada minit ke 77. Seperti tidak percaya, ketika Zaquan ingin meninggalkan padang seminit selepas itu untuk digantikan dengan Ahmad Shakir Md. Ali, pengadil perlawanan melayangkan kad kuning kedua kepada Zaquan dengan alasan sengan melengahkan perlawanan yang menyebabkan Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain sahaja. Sebelum tamat perlawanan, K. Gurusamy berjaya melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia bagi meneruskan cabaran Malaysia dalam arena bolasepak antarabangsa. –Bolasepak.com
|
|
Last Updated ( Wednesday, 06 January 2010 )
|