|
Saturday, 25 October 2008 |
|
Malaysia mudah melepasai cabaran Myanmar di peringkat separuh akhir Pesta Bola Merdeka dengan mencatat kemenangan 4-0. Ianya menempatkan Malaysia ke perlawanan akhir menentang Vietnam bagi mempertahankan kejuaraan.
Keempat – empat jaringan tersebut dihasilkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-25 dan 75, Safee Sali dan Amirulhadi Zainal. Sementara itu Vietnam berjaya mengenepikan Sierra Leone menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua – dua pasukan terikat 2-2. "Disebabkan kekangan pemain negara yang baik pada perlawanan malam ini, Myanmar tidak dapat menjalankan corak permainan sebenar mereka dan terlalu berhati-hati sehingga memberi ruang kepada pemain negara membolosi gawang mereka. "Namun, kami masih perlu berhati-hati pada perlawanan akhir nanti. Ini disebabkan Vietnam akan memberikan persembahan lebih bertenaga dan menumpukan perhatian 120 peratus Sabtu nanti,"kata jurulatih negara B. Sathianthan.
|
|
Last Updated ( Saturday, 25 October 2008 )
|