Monday, 22 March 2010
Home arrow Bolasepak Malaysia arrow LIGA SUPER: Selangor rampas persada liga, Kelantan lebar saingan
 
LIGA SUPER: Selangor rampas persada liga, Kelantan lebar saingan E-mail
Wednesday, 24 June 2009

 

Selangor mengambil alih semula takhta persaingan bola sepak Liga Super 2009 daripada Perlis buat sementara waktu selepas menumbangkan Johor FC 4-1 di Stadium Shah Alam semalam.

Gol sulung skuad Gergasi Merah diperoleh menerusi jaringan sendiri pemain Johor FC, M Sivakumar pada minit ke-12 apabila tertolak masuk bola rembatan R Surendran.

Johor bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi Eddy Helmi Manan melalui sepakan penalti apabila Faris Ideris dijatuhkan pertahanan Selangor, Nasriq Baharom pada minit ke-42.

Image
Penyerang Selangor, Rudie Ramli (kanan) cuba melepasi kekangan diasak pemain Johor FC, M Sivakumar dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi - gambar ihsan Utusan Online

Namun enam minit kemudian, Nasriq bangkit menebus kesilapannya apabila meledakkan gol kedua buat Selangor sebelum R Surendran memusnahkan harapan Johor dengan dua jaringan dalam masa selang seminit pada minit ke-58 dan 59.

Pencabar di tempat ketiga liga, Negeri Sembilan mensia-sia peluang mengukuh kedudukan dalam liga apabila tewas mengejut kepada barisan muda Perak di mana penyerang utamanya, Razali Umar Kandasamy meledakkan dua gol buat pasukannya pada minit ke-67 dan 72 bagi membolehkan tuan rumah menang 2-0 di Stadium Perak, Ipoh.

Di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu, kekalahan skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu membuka peluang kepada Kelantan untuk merampas tempat ketiga liga dengan membelasah PDRM 4-0 sementara Kedah tidak bermain kerana menyertai Piala AFC di Vietnam.

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus beraksi garang dengan menyumbat dua gol buat Wira Merah pada minit ke-63 dan 80 manakala Mohd Ailim Fahmi dan Indra Putra Mahayuddin masing-masng menjaringkan satu gol pada minit ke-7 dan 45.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang terus dirundung malang dengan mencatatkan kekalahan ke-14 dalam liga musim ini apabila tunduk 1-3 kepada KL PLUS walaupun terlebih dulu mendahului pasukan pelawat menerusi jaringan ketua pasukan, B Jaganathan pada minit pertama.

Image
Penyerang KL Plus, Fadzli Saari (kiri) diasak hebat pertahanan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam tadi. KL Plus menang 3-1 ke atas Pulau Pinang - gambar ihsan Kosmo Online

Bagaimanapun kelab ibu kota yang digelar Wira Lebuh Raya itu berjaya memastikan mata penuh diperoleh hasil jaringan bekas pemain tengah negara, Fadzli Saari pada minit ke-54 selain dua gol daripada Rusydee Samsuddin pada minit ke-59 dan sepuluh minit selepas itu.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang kekal menjadi pasukan belasahan dengan menghuni tangga kedua tercorot setelah kecundang 2-3 kepada kelab bermasalah, UPB-MyTeam yang bernasib baik mendapat tiga mata penuh hasil jaringan gol pada minit-minit akhir.

Stanley Bernard meyumbang dua gol buat MyTeam pada minit ke-18 dan 20 sebelum Tok Gajah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-56 dan 83 melalui Mohd Shahrizan Mohd Salleh dan Muhammad Badrul Hisani sebelum dikecewakan Mohd Fazrul Hazli yang muncul sebagai muncul wira pasukan pelawat.

Sementara itu, perlawanan antara Terengganu dan KM Naza di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu terpaksa ditunda ke hari ini berikutan hujan lebat pada minit ke-34 perlawanan.


KEMASKINI [24/06/09]

Terengganu (2) KM Naza (0)
Ter: Manaf Mamat (19); Md Ashaari Shamsudin (33)

Terengganu mengalahkan KM Naza 2-0 dalam aksi bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini hari ini.

Perlawanan itu sepatutnya berlangsung malam semalam tetapi ditunda ke hari ini berikutan keadaan padang teruk akibat hujan lebat.

Terengganu membuka jaringan seawal minit ke-19 separuh masa pertama apabila Manaf Mamat yang terlepas dari kawalan melepaskan rembatan kencang dan gagal diselamatkan penjaga gol KM Naza, Azizon Abdul Kadir.

Md Ashaari Shamsudin kemudian mengukuhkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua Terengganu pada minit ke-33.

KM Naza melepaskan beberapa peluang pada separuh masa kedua apabila cubaan barisan serangan pasukan itu tidak menepati sasaran dan gagal membolosi pintu gol Terengganu.

Comments
Add New Search RSS
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Thursday, 25 June 2009 )
 
< Prev   Next >
 

Perbincangan Terkini

Re:Ucapan Untuk Team Liverpool
footballive 21-03-10 20:32
Re:Arsenal n Wangerr...
footballive 21-03-10 20:30
Re:Pengganti Arsene Wenger....
footballive 21-03-10 20:30
Re:Sapa Minat Jadi usahawan Internet
Filippo 20-03-10 10:47
Re:Top goal scorers EPL 2010!!!!
mas888 18-03-10 23:53
Re:Conrat MU..Selangkah kaki ke quarters final..
footballive 18-03-10 19:59
Re:MU juara liga perdana
footballive 18-03-10 19:58
mari mari =P
mas888 13-03-10 02:33
mari mari =P
mas888 13-03-10 00:46
Re:chelsea will be lose....
Filippo 06-03-10 23:15
Re:Gila Seks
Kenshin 02-03-10 22:04
Re:chelsea vs inter milan
footballive 02-03-10 00:09
Re:manchester city fans club!!!
alimkaka 26-02-10 08:46
Re:Who the best stirker in the premier league???
Faysal 24-02-10 22:48
Re:Perbincangan Khusus BPL
Faysal 23-02-10 23:06
Re:Terbaik & Terburuk Musim Ini
Faysal 23-02-10 22:28
Re:Fulham Fans Club Here!!!
Filippo 21-02-10 23:51
Re:wajarkh fabio capello lucutkn jawatan drpd john terry
alimkaka 19-02-10 14:58
Re:Ape cerita Arsenal???
Filippo 18-02-10 04:18
Re:who will win EPL 09/10
Faysal 18-02-10 01:41
Re:Jadual Perlawanan Piala FA Cup 2010
Filippo 14-02-10 23:54
Re:Takde Team, Referee Pun Jadi
footballive 13-02-10 00:21
Re:mampukah arsenal jadi juara epl musim ni?
Filippo 08-02-10 09:58
Re:Liverpool bangkit ! Atau sementara aje?
Filippo 08-02-10 08:37
Re:Pasukan Yang Akan Memberi Saingan Liga Malaysia
Kenshin 08-02-10 03:37
Re:Liverpool - Sorotan Dan Report
footballive 07-02-10 23:57
Re:Player Yang Perlu Dibawa Masuk Pada Musim Transfer Nie
footballive 03-02-10 01:13
Re:Chelsea....Berat Seket
Filippo 29-01-10 08:41
Re:Malaysia boleh jadi gergasi Asean
Kenshin 27-01-10 22:14
Re:taon nie MU mst juara g...walaupon C.Ronaldo xdak MU msh mmpu juara...buk...
footballive 26-01-10 23:41
Mampukah Chelsea mengekalkan aksi cemerlang?
Lampard_kuantan 18-01-10 04:48
Re:MU juara
footballive 12-01-10 19:31
aaa
aneifz 12-01-10 10:43
Re:bbtov dan ferdinand uat aku kecewa
randy97 30-12-09 08:12
Re:ManU vs Aston Villa
Rushian 28-12-09 22:16

Bola Sepak Newsletter

Berita Bola Sepak Percuma!


Langgan:
Hentikan:
Anda boleh hentikan bila-bila masa.

Member Login






Lost Password?
Register For Free now

Check out these portals: