| Kedah menang selesa, Selangor sekadar seri |
|
| Thursday, 07 August 2008 | |
|
Saingan peringkat suku akhir pertama Piala Malaysia menyaksikan juara bertahan hampir pasti melangkah ke peringkat separuh akhir setelah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Perak sementara Selangor terikat tanpa jaringan dengan Polis. My Team pula terus mempamerkan keputusan menarik dengan menundukkan Johor FC 3-1 sementara Terengganu dan Perlis seri 0-0. Marlon James berjaya mencatatkan hatrik keduanya dalam masa 5 hari untuk menambah koleksi gol sebanyak 46 gol setakat ini. 3 jaringan dalam masa 9 minit sudah cukup membawa bekal yang cukup selesa untuk Kedah berkunjung ke negeri jiran Perak, Sabtu ini. Sementara itu Sasa Branezac pula berjaya menyumbat 2 gol untuk membantu My Team menumpaskan wakil selatan Johor FC 3-1. Jaringan yang dihasilkan pada minit ke 71 dan 73 itu memberi kelebihan buat My Team untuk mengekalkan kedudukan bagi melangkah ke peringkat separuh akhir. Selangor dan Terengganu pula gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Polis dan Perlis masing – masing. Perlawanan suku akhir kedua dijadulakan berlangsung pada Sabtu ini. |
|
| Last Updated ( Monday, 11 August 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
Perbincangan Terkini
Member Login
Bola Sepak Newsletter
EPL Menu
| EPL Fixtures |
| League Table |
Member Login
Main Menu
| Home |
| Forum |
| Bolasepak Malaysia |
| Contact Us |
| Search |
| English |
| Berita |

