Friday, 03 July 2009
Home arrow Bolasepak Malaysia
 
Bolasepak Malaysia
LIGA SUPER: Perlis tidak izin Selangor pergi jauh E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Wednesday, 01 July 2009

Di Stadium Shah Alam, jaringan tunggal Amirulhadi Zainal pada minit ke-78 membolehkan Selangor mengutip tiga mata penuh sekali gus mengekalkan status sebagai penguasa Liga Super setakat ini apabila menewaskan KL PLUS 1-0.

Pasukan bimbingan K Devan bermula dengan agresif apabila mencipta peluang gol seawal minit ke-10, tetapi hantaran cantik R Surendran dari sebelah kiri kawasan KL Plus gagal disudahkan Rudie Ramli walaupun tiada pemain lawan mengawalnya ketika itu.

Bagaimanapun KL Plus kelihatan lebih menguasai bahagian tengah permainan malam tadi dengan dikemudikan baik oleh pemain tengahnya, Reeshafiq Alwi.

Image
Penyerang Selangor, Mohd Safee Sali (kanan) merampas bola daripada pemain KL Plus, Ramesh Lai Ban Huat pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Selangor menang 1-0 - gambar ihsan Bharian Online

Skuad Mat Zan Mat Aris ini hampir mendapat gol pertama pada minit ke-30 apabila Reeshafiq melakukan lorongan tepat kepada Mohd Lot Abu Hassan.

Namun rembatan kencang Mohd Lot dari penjuru kotak penalti Selangor berjaya didakap kemas penjaga gol, Hamsani Ahmad.

Masuk babak kedua perlawanan, Selangor mula memperkemaskan permainan dengan membawa masuk Amirulhadi Zainal di mana pemain sayap itu muncul wira Gergasi Merah apabila menyempurnakan hantaran silang R Surendran pada minit ke-78 untuk mencatatkan 51 mata sekali gus mendahului carta liga.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Perlis terus mengekori rapat Selangor dalam perebutan penentuan juara Liga Super musim ini apabila menang 4-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Nizaruddin Yusof mencipta hatrik pada minit ke-26, 56 dan 77, manakala Ahmad Fakri Shaarani melengkap kemenangan bergaya Perlis pada minit ke-89.

Dengan empat perlawanan masih berbaki, Perlis yang ketinggalan dua mata di belakang Selngaor kini dilihat sebagai pencabar utama skuad Lembah Klang itu dalam penentuan juara Liga Super musim ini.

Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, misi pemburuan kejuaraan liga Kelantan tersekat apabila tewas 0-2 kepada jirannya, Terengganu.

Terengganu yang bermain di tempat sendiri memperoleh jaringan pertama menerusi Ahmad Nordin Alias pada minit ke-7 sebelum Abdul Manaf Mamat menjarakkan kemenangan menerusi gol kedua pada minit ke-54.

Perlawanan malam tadi turut menyaksikan penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dibuang padang pada minit ke-78 kerana mengasari Tengku Hazman Raja Hassan.

Di Stadium Darulaman, Kedah yang sekadar seri tanpa jaringan dengan KL PLUS pada Sabtu lalu, bangkit menewaskan UPB MyTeam 1-0 menerusi jaringan Mohd Afif Amiruddin pada minit-minit akhir perlawanan.

Image
Pemain tengah, Afif (kiri) bersorak girang selepas berjaya menjaringkan gol buat Kedah pada minit akhir perlawanan di Stadium Darulaman semalam - gambar ihsan Jeebsion.com

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan kelab, Johor FC tampil mencatatkan kemenangan selesa di tempat lawan apabila mengalahkan Perak 3-0.

Johor FC mendahului seawal minit ke-3 hasil jaringan Mohd Azizan Baba sebelum Mohd Nurul Azwan menjaringkan gol kedua pada minit ke-52 dan Mohd Ezaidy M Kadar meledakkan jaringan ketiga pada minit ke-90.

Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, pertembungan dua pasukan tercorot liga menyaksikan Pahang mengalahkan PDRM 3-1.

Pasukan tuan rumah meraih gol menerusi R Karthigesan pada minit ke-20, R Surendran (m-35) dan Mohd. Badrul Hisani (50), manakala pelawat memperoleh jaringan sagu hati menerusi Mohd Fauzi Abdul Rasyid pada minit ke-65.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menumbangkan KM Naza 3-0 menerusi jaringan Mohd Irme Mat (31), S Thinagaran (71) dan Muhd Rafiuddin Roddin (84).

Last Updated ( Wednesday, 01 July 2009 )
 
LIGA SUPER; KEPUTUSAN TERKINI [30/06/09] E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Tuesday, 30 June 2009

 Image

KEPUTUSAN TERKINI

Selangor (1) KL Plus (0)
Sel: Amirulhadi Zainal  (78)

Negeri Sembilan (0) Perlis (4)
Per: Nizaruddin Yusof (26, 56, 77); Ahmad Fakri Shaarani (89)

Terengganu (2) Kelantan (0)
Ter: Ahmad Nordin Alias (7); Abdul Manaf Mamat (54)

Kedah (1) UPB MyTeam (0)
Ked: Mohd Afif Aminuddin (90)

Pahang (3) PDRM (1)
Pah: R Karthigesan (20); R Surendran (35); Mohd Badrul Hisani (50)
Pdr: Fauzi Abdul Rasyid (65)

Pulau Pinang (3) KM Naza (0)
Pul: Mohd Irme Mat (31); S Thinagaran (71); Muhd Rafiuddin Roddin (84)

Perak (0) Johor FC (3)
Jfc: Mohd Azizan Baba (3); Mohd. Nurul Azwan (52); Mohd Ezaidy M Kadar (90)

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 30/06/09

Last Updated ( Wednesday, 01 July 2009 )
 
LIGA PERDANA: KEPUTUSAN TERKINI [29/06/09] E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Tuesday, 30 June 2009

Image

KEPUTUSAN TERKINI

Shahzan Muda (0) Harimau Muda (1)
Har: Mohd Aminuddin Shaharudin (1)

T-Team (7) Sarawak (0)
Tte: Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (47, 63, 87); Hairuddin Omar (72, 75); Mohd Kamal Rodiarjat Mohd Ali (85); Azrul Hazran Amiruddin (60)

PKNS Selangor (1) Johor (1)

Melaka (0) Kuala Lumpur (3)

Felda United (3) Sabah (2)

ATM (0) Proton FC (0)

KEDUDUKAN TERKINI LIGA PERDANA 29/06/09

Last Updated ( Tuesday, 30 June 2009 )
 
LIGA SUPER: KEPUTUSAN TERKINI [27/06/09] E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Sunday, 28 June 2009

Image 

KEPUTUSAN TERKINI

Perlis (0) Selangor (0)

KL Plus (0) Kedah (0)

Johor FC (3) Negeri Sembilan (0)

UPB-MyTeam (2) Pulau Pinang (1)   

KM Naza (4) Pahang (1)

PDRM (1) Terengganu (4)


Kelantan (4) Perak (0)
Kel: Indra Putra Mahayuddin (34, 52, 74); Mohd Nor Farhan Muhammad (68)

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 27/06/09

Last Updated ( Sunday, 28 June 2009 )
 
LIGA PERDANA: KEPUTUSAN TERKINI [26/06/09] E-mail
Berita Bola Sepak Malaysia
Saturday, 27 June 2009

Image

KEDUDUKAN TERKINI

Johor (0) T-Team (1)
Tte: Azrul Hazran Amiluddin (44)

Sabah (1) Shahzan Muda (0)
Sab: Leoford Alfonso Othong (80)

Sarawak (2) Melaka (2)

SDM Kepala Batas (0) Proton FC (7)

Kuala Lumpur (0) Felda United (0)

PKNS Selangor (1) ATM (1)

KEDUDUKAN TERKINI LIGA PERDANA 26/06/09

Last Updated ( Sunday, 28 June 2009 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 9 of 106
 

Perbincangan Terkini

Re:Pembikinan Los Galacticos II
sam_soul86 02-07-09 00:28
Re:mampukah arsenal jadi juara epl musim ni?
GooNers 28-06-09 05:40
nanti ronaldo menyesal tinggalkn man utd
safwan 27-06-09 10:31
Re:Saya bercita-cita menjadi pemain bolasepak
baihaqie 26-06-09 21:08
Re:liverpool menang lagi...
baihaqie 26-06-09 20:43
Re:Ucapan Untuk Team Arsenal
zuten 26-06-09 09:05
Re:Ronaldo ke real Madrid
poyeto 26-06-09 03:04
Re:akademi bola sepak buat kanak kanak
bolebla 25-06-09 22:34
Re:Laman web pun tak mampu? (lemahnya Bola Sepak Malaysia ibarat lemahnya Ku...
baihaqie 25-06-09 18:10
Re:patutkah liverpool jual xabi alonso!!
irwan_404 22-06-09 03:32
Re:Ucapan Untuk Team Liverpool
kimimaro 19-06-09 19:13
Re:perkembangan chelsea?
slash 19-06-09 12:01
Re:malaysia perlu hantar budak 12tahun pergi lawan piala dunia
pyan[Ant0o] 18-06-09 03:13
Re:ULL NEVER WALK ALONE
abglong 12-06-09 15:11
hai
brotherikmal 28-05-09 01:48
ikmal
brotherikmal 27-05-09 02:17
Re:Futsal Tournament 2009
yuzayn 25-05-09 00:02
Re:Bola sepak malaysia semakin merosot
ijun 24-05-09 22:11
ronaldo nak pindah la!!!!!!!!!!!!!!!!!
ijun 24-05-09 21:51
Re:Prediction Game
toni 20-05-09 09:22
c ronaldo
adambola 09-05-09 23:02
PLAY BROWSER GAME AND WIN SOME REAL MONEY!
thejackal 04-05-09 16:26
Re:Ucapan Untuk Team Chelsea
HARIS SHAHMI 24-04-09 02:43
bbtov dan ferdinand uat aku kecewa
art 20-04-09 00:16
Re:pe citer man united tewas dtangan liverpool
haris96 18-04-09 05:53
Re:Laman web pun tak mampu??? (lemahnya Bola Sepak Malaysia seperti lemahnya...
JackWilshere 16-04-09 11:27
SALE@JUALAN MURAH JERSI EPL,LA LIGA DAN SERIE A
rasnan 12-04-09 12:37
Re:liverpool mengamuk............
zul_bola 12-04-09 11:08
Re:Harapan Penyokong Fulham vs Liverpool
zul_bola 12-04-09 11:06
Re:Maner org nie!! online lah wei!!
gaffar 03-04-09 02:50
Re:Terry Ludah Tevez
impreza08 29-03-09 11:10
Re:Gandigan Baru MU
impreza08 29-03-09 10:58
Re:LAMPARD
impreza08 29-03-09 10:51
Re:Fulham Fans Club Here!!!
armada71 24-03-09 02:13
MAN UTD BPL CHAMPIONS
HOJIE 24-03-09 01:12

Member Login






Lost Password?
Register For Free now

Bola Sepak Newsletter

Berita Bola Sepak Percuma!


Langgan:
Hentikan:
Anda boleh hentikan bila-bila masa.

Member Login






Lost Password?
Register For Free now